
Setuju jika saya kata yang kita sedang melalui zaman renaissance moden secara global? Di mana perubahan-perubahan besar dalam pelbagai bidang sedang berlaku. Perasan tak? Kalau tak perasan, ikuti 10 pengamatan saya tentang fenomena ini:
1. Penglibatan Sosial Digital Adalah Kemestian
Media sosial memainkan peranan penting dalam penglibatan sosial dan penyebaran maklumat, membolehkan idea-idea dan gerakan-gerakan berubah menjadi viral. Generasi muda semakin berani untuk menyuarakan pendapat mereka. Dengan sokongan media sosial, mereka menggunakan platform ini untuk mengkritik, mengubah, dan mencetuskan perbincangan mengenai isu-isu penting dalam masyarakat. Mereka adalah agen perubahan yang drastik, cepat sedar akan isu-isu penting, dan memberi semua orang peluang untuk participate dalam perbincangan politik dan sosial. Sumbangan juga terus dapat dilakukan secara langsung melalui pendapat.
Akan tetapi, pengguna perlu menggesakan meverifikasi maklumat sebelum berkongsi atau percaya kepada maklumat tersebut. Kita mesti sedar kesalahan sejarah dan bias termasuk bias politik dan sosial. Kita juga perlu sentiasa bersedia untuk mempertimbangkan pelbagai pandangan. Media sosial seharusnya mementingkan perbincangan dan pertukaran pendapat yang bermaklumat, bukan platform untuk hinaan dan hujahan. Masyarakat perlu memahami bahaya fitnah dan perlu bersedia untuk melaporkannya jika mereka terbaca. Ini penting untuk memastikan maklumat yang betul dan adil. Generasi muda perlu dididik tentang kesihatan digital dan kritikal terhadap maklumat yang mereka temui dalam talian.
2. Kebangkitan Freelancer
Pekerjaan sebagai freelancer semakin popular, terutamanya di kalangan generasi muda. Internet dan platform seperti TikTok memberi peluang kepada individu untuk menjana pendapatan secara bebas dan kreatif. Ini menyebabkan syarikat-syarikat menghadapi cabaran dalam mencari pekerja berkualiti, kerana ramai yang lebih suka bekerja secara bebas!
Dengan kebangkitan freelancer, syarikat-syarikat mengeluh kerana menghadapi cabaran untuk menarik pekerja berkemahiran bagus untuk bekerja untuk mereka. Ini mengubah dinamik pasaran pekerjaan dan kini bersaing dengan pasaran bebas yang lebih besar jika nak tarik pekerja berkemahiran.
Untuk mengubah dinamik ini dan favor kepada mereka, mereka perlu menawarkan pakej pekerjaan yang lebih baik seperti:
- Insentif yang lebih baik dan gaji yang lebih kompetitif.
- Fleksibiliti dalam kerja atau model kerja jarak jauh.
- Meningkatkan pakej manfaat yang ditawarkan, termasuk insurans kesihatan, cuti yang lebih baik, dan insentif bonus.
- Memberi tumpuan kepada pembangunan pekerja dalaman dan peluang kenaikan pangkat untuk mengekalkan pekerja yang berkualiti.
- Bekerjasama dengan freelancer atau kontraktor bebas dalam projek-projek tertentu, yang membolehkan mereka mendapatkan kepakaran khusus tanpa perlu menggaji pekerja sepenuh masa
- Menjaga pekerja berkemahiran dengan memberi mereka peluang untuk berkembang dan berkembang.
Sebagai freelancer, tidak dilupakan, kita perlu menguruskan risiko perniagaan sendiri dan tidak mempunyai jaminan faedah pekerja seperti cuti sakit atau insurans. Sekurang-kurangnya, lakukan planning sehingga dapat membuat simpanan, dapat membayar takaful, dan ada pelan persaraan; sekurang-kurangnya menerusi KWSP I-Saraan.
3. Kanak-Kanak Menjana Pendapatan
Kanak-kanak biasanya secara tipikal bergantung kepada ibubapa dan penjaga untuk sokongan kewangan. Tetapi, kanak-kanak hari ini, sedari umur 9 tahun, sudah menjana pendapatan.
Manakala, di sekolah, kalau dulu, cikgu tanya “Apa cita-cita kamu, wahai Ahmad, Ali, Abu?”
Ahmad, Ali, Abu pun sebutlah nak jadi cikgu, doktor, polis dan lawyer.
Sekarang, Ryan, Harris, Isaac sebut nak jadi influencer, youtuber, hos TikTok yang hebat, streamer di Twitch atau moderator Discord.
Ramai kanak-kanak sudah mempamer bakat dan menjana pendapatan sejak dari kecil. Hal ini membolehkan dia membeli apa yang diingini melalui usahanya sendiri, memahami nilai wang datangnya dari titik peluh, membantu masa depan serta mengeluarkan keluarganya dari kehidupan yang susah.
Mungkin, kita nampak macam child labor tetapi hakikatnya, jika kanak-kanak is having pure fun, and fun generates money, I mean why not sambil menyelam, minum ayer?
Kanak-kanak is still kanak-kanak. Well, orang dewasa pun still ada yang masih kanak-kanak riang macam I. So, tak lupa untuk ajar mereka tentang kepentingan:
- Kepentingan Pendidikan: Melabur dalam SSPN-Prime atau Plus adalah pelaburan yang bijaksana. Jika melabur dalam SSPN-Plus, jika ibubapa/penjaga meninggal dunia, anak-anak akan mendapat hibah wang untuk boleh digunakan bagi mendapatkan peluang pendidikan yang bagus.
- Kepentingan Membuat Kerja Rumah: Walaupun si cilik sudah kaya-raya, pengurusan dalam rumah (house chores) dan pengurusan kewangan tetap penting bagi mengajar erti tanggungjawab.
- Kepentingan Menabung: Ajar mereka menabung untuk masa depan. Boleh menabung dalam Tabung Haji dan dapat ROI 3.10% setahun (untuk tahun 2023) ini. Tahukah anda menabung lebih penting vs. melabur?
- Kepentingan Otot Bisnes: Sebagai contoh, mak-mak buat aiskrim Malaysia dalam beberapa jenis perisa. Letak dalam peti ais. Anak-anak boleh belajar menjualkannya sebanyak 50 sen. Tujuannya untuk belajar tentang earning, membuat bajet dan konsep bisnes. Tak semua orang ada DNA bisnes. Otot-otot menjual, bagi saya, perlu dimulakan sedari kecil supaya cepat belajar dan tidak malu serta mudah menjual idea dan memperbaiki idea dan imaginasi kanak-kanak itu to make world a better place.
4. Kemunculan Nomad Digital di Serata Dunia
Starlink membolehkan pekerjaan dilakukan dari hampir mana-mana tempat di dunia bahkan dalam hutan tebal (kecuali di Indonesia). Kebanyakan pekerja profesional sekarang lebih memilih untuk mengejar gaya hidup bekerja di lokasi bebas asalkan kerja siap. Mereka tidak mahu terikat pada lokasi tetap atau rutin kerja 9-5. Mereka nakkan kos hidup yang lebih murah, akses kepada makanan sihat, kualiti udara bersih, atau pilih nak cuaca bersuhu panas atau sejuk atau berangin, dan boleh menjana pendapatan dalam mata wang yang lebih kuat dan menghabiskan di tempat yang lower currency value. Best kan?
Tak kurang juga platform bernama NomadList dimana saya adalah paid user untuk berada dalam komuniti nomad digital, untuk tahu tempat-tempat yang ada akses Internet laju, dan tip-tips berkaitan perjalanan di negara orang secara real-time.
Bali, Indonesia, dah menjadi tempat terkenal melekatnya komuniti nomad digital dari seluruh dunia. Mat Saleh suka lepak di sana kerana gabungan budaya, keindahan alam, got pantai, dan akses kepada teknologi yang canggih. Ini mempengaruhi budaya tempatan dan ekonomi kawasan tersebut lagi-lagi terdapat amalgamasi iaitu perkahwinan campur antara penduduk natif dengan orang asing. Hal ini menjadikan Indonesia, termasuk kampung-kampungnya, semakin maju dalam bidang digital dengan pertumbuhan e-dagang dan kewujudan start-up yang berjaya. Sudah pelbagai startup di sana sedang menempah nama di persada global. Antaranya adalah seperti BukaLapak, Gojek, dan terbaru Khazanah melabur dalam e-Fishery sebanyak $150 juta dollar US. Saya harap usaha ini mengorak langkah membeli peluang pasaran dunia luar dan menjamin kelangsungan food security yang sekarang ini sangat runcing di negara kita, Malaysia.
5. Perubahan Cuaca yang Laju
Perubahan iklim yang semakin ketara adalah tanda zaman moden. Cuaca yang semakin tidak menentu dan fenomena cuaca ekstrem semakin kerap berlaku.
US membelanjakan $23 billion USD untuk pemulihan bencana alam, dengan kerosakan yang mengakibatkan $US 1 billion tahun ini. Belanjawan ini termasuklah pemulihan dari banjir, siklon tropika, kebakaran hutan dan ribut salji. Malapetaka telah mengakibatkan lebih 250 kematian dan lebih USD57.6 bil kerosakan di seluruh daerah di US.
Ini memberi kesedaran kepada masyarakat dunia tentang keperluan untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar.
6. Pendidikan Tidak Harus Melalui Universiti atau Alternatif
Adalah benar bahawa pendidikan sekarang tidak lagi terhad kepada universiti. Pelbagai sumber pembelajaran dalam talian dan program pembelajaran sendiri telah membolehkan individu belajar tanpa perlu menghadiri institusi pengajian tinggi. Ini mencerminkan adaptasi kepada teknologi dalam zaman renaissance moden ini.
Pendapat saya, sebenarnya universiti masih relevan, cuma bagi industri yang memerlukan latihan khas seperti doktor, jurutera O&G, lawyer, banker dan sebagainya, kenalah masuk universiti and get proper education. Kemahiran sebegini evergreen, ada tempat dan sentiasa diperlukan oleh masyarakat dan negara.
7. E-dagang Semakin Pesat
E-dagang semakin mendominasi, memberikan peluang perniagaan kepada sesiapa sahaja dengan akses internet. Dropship, adalah kaedah untuk pemula memulakan perdagangan tanpa memiliki barang.
Saya menjalankan perniagaan ini ketika di universiti. Saya dropship barang di China dan jual di pasaran USA. Saya tak belajar dari sesiapa pun. Just bantai jer buat sendiri. Hehe.
Jangan perlekeh kerja dropship. Selagi ada demand, jadi lah supplier yang bagus. Dropship memang mantap untuk sesiapa sahaja dan saya fikir, ianya akan kekal evergreen. Jika berminat dengan bidang ini, boleh belajar tentang perniagaan Ebay di sini ya. 🙂
8. Teknologi Blockchain
Blockchain dan matawang kripto sedang mengubah cara kita melihat sistem kewangan dan perniagaan. Blockchain adalah buku akaun digital yang decentralized. Ia membolehkan transaksi dicatat secara terbuka dan diperiksa oleh semua pihak yang berkepentingan.
Biasa dalam sistem kewangan konvensional, kita kan perlu bergantung kepada pihak ketiga seperti bank, brokerage, atau settlement kan?
Dengan blockchain, blockchain buat semua ini secara langsung antara pengguna. Jadi, 3rd party dapat dikurangkan keterlibatan dan ini meningkatkan privasi data kewangan.
Namun ia tetap ada cabaran dari sudut skalabiliti, regulasi, dan keselamatan.
9. Kemunculan Genius dan Makers
Era ini menyaksikan munculnya individu seperti Elon Musk yang membuktikan bahawa inovasi dan kejayaan dalam teknologi kereta EV pertama di dunia iaitu Tesla, Starlink, SpaceX, Neuralink, The Boring Company dan OpenAi.
Hal ini boleh dicapai dengan berfikiran fokus yang tajam, jauh ke hadapan, mementingkan masa, banyak membaca, mendengar dari yang pakar, mahir priority dan selesaikan masalah secara empirikal.
Selain itu, tokoh indie super solo maker terkenal iaitu Pieter Levels menggesa untuk mewujudkan more makers, berbanding jurulatih. Ini merangsang pemikiran kreatif, keusahawanan, penerokaan dan penciptaan dalam pelbagai bidang.
We need more makers, less coaches
— @levelsio (@levelsio) August 29, 2023
10. Penjelajahan Identiti Maskulin
Fenomena seperti Andrew Tate telah menujah pengenalan persepsi terhadap maskuliniti kepada semua manusia hari ini. Saya tidak dapat mengelak daripada ternampak trend ini yang dilihatkan begitu popular di Youtube. Lelaki moden digesakan perlu menjadi lebih berani dan tegas dalam mengejar matlamat mereka, menolak stereotaip tradisional tentang lelaki.
Semakin ramai pemuda berusaha untuk mencapai identiti maskulin yang lebih kuat, sebagaimana yang didoktrinkan oleh Andrew Tate. Mereka mencari model peranan yang berbeza dalam usaha memahami dan mengekspresikan diri yang dirasakan tenggelam oleh isu kesamarataan dan kepelbagaian jantina beberapa dekad yang lepas.
Doktrin yang diperkenalkan kali ini cukup kuat bermula tahun 2023, dilihatkan mahu mengekalkan nilai-nilai tradisional dan peranan lelaki dalam keharusan menjadi ‘superhero’ dalam rumahtangga dan pekerjaan (sebaiknya sebuah bisnes demi doktrin freedom yang sejati). Saya melihat pertumbuhan positif dan menggalakan dalam kalangan pemuda di mana mereka mengejar kesihatan fizikal, mental, kefahaman spiritual, ke-suami-an dan kebapaan (being a provider), termasuk katakan tidak kepada aktiviti pornografi dan masturbasi serta perlaksanaan apa sahaja bisnes secara optimum.
Yang menariknya, ini dianjurkan untuk dilakukan secara brotherhood atau networking secara global melalui program The Hustle University yang menyediakan mentors daripada golongan profesor dan profesional.
Suka atau tidak, the Top G (top gangster) menjadi sebutan anak muda terutamanya di Eropah, menjadikan ia fenomena global yang sensasi, belum luput, dan berbilion juga yang menjadi ikutannya lagi-lagi selepas beliau memeluk agama Islam dan menyatakan perkara sukar dari POV lelaki, Eropah, ‘top wolf’ at least as fans think of him, serta berani berbahas dengan beberapa individu yang cekap dan agresif dalam perdebatan antara agama, sosial, jantina, dan sebagainya. Ini membolehkan saya belajar lebih perkara tentang isu-isu kaum Adam moden.
Penutup
Kesimpulannya, zaman renaissance moden kita adalah tentang perubahan, adaptasi, dan peluang. Ia melibatkan transformasi dalam gaya hidup, pendidikan, pekerjaan, dan pengaruh global. Bagi yang mahu berjaya dalam zaman ini, perlu memiliki pengetahuan, kecekapan, ketangkasan, stamina, keupayaan, taktikal untuk bersaing dalam persekitaran yang berubah dengan arus yang sangat sangat pantas.