Survival di tempat kerja bukanlah perkara yang mudah bagi sesetengah orang.
Dengan 10 real-life tips ini, anda boleh menjalani pengalaman bekerja dengan mudah, berkesan untuk diri anda dan bertahan lama.
Jaga Hubungan Baik dengan Semua Orang.
Satu perkara yang penting dalam tempat kerja adalah menjaga hubungan baik dengan SEMUA pekerja.
Anda bukan perlu rapat dengan semua orang.
Anda hanya perlu:
- Berkomunikasi dengan baik
- Mendengar pandangan mereka
- Belajar atau ambil iktibar dari pengalaman mereka.
- Tahu CARA nak bekerja dengan mereka.
Setiap orang lain-lain cara pendekatan. Kawal rentak anda dan terus berbuat baik berpada-pada.
Ini akan membantu anda beradaptasi dengan persekitaran kerja dengan lebih mudah.
Ada motivator berbangsa Cina pernah berkongsi pepatah Cina, “Jika hubungan baik, segala-galanya akan menjadi baik”. Please take this to heart, okay.
Ketahui Skop Kerja Anda untuk Mengelakkan Buli
Pastikan anda memahami sepenuhnya skop kerja anda. Dapatkan info patut tentang tugas anda:
- Matlamat tugas.
- Kemahiran yang diperlukan.
- Tools yang diperlukan
- Orang yang diperlukan
- Cabaran/senario yang bakal dihadapi (kos, elaun, yuran tambang dsbnya.)
- Masa yang diberikan
Sampai faham. BARULAH anda accept the job.
Ini akan membantu anda mengelakkan situasi di mana anda diberi tanggungjawab yang tidak wajar atau penganiayaan.
Baca arahan tugasan tersebut dan tanya soalan dengan bertukar perspektif/sudut pandang lain. Jangan takut untuk meminta klarifikasi jika perlu.
Sentiasa Bersedia Sebelum Masuk Kerja
Pastikan anda sentiasa bersedia sebelum menghadapi hari baru. Sebagai contoh:
- Baju digosok, kasut digilap berkilat.
- Petrol kenderaan diisi sebelum hari esok pagi (kerja).
- Wang tol dan wang parking sudah standby.
- Dokumen penting, luggage, beg, plastik, kotak semua sudah standby di pintu.
- Masuk tidur awal waktu.
- Pakaian yang baru termasuk pakaian dalam seperti stokin, boxer, singlet dsbnya.
- Penjagaan ketrampilan dan wajah diberi penjagaan rapi seperti mencuci muka, meletak pelembap anti-UV, memakai deodorant dan minyak wangi berjenama.
- Dapatkan breakfast yang berkhasiat seperti omelette dan protein shake. Taste bud masuk protein dulu.
Hal ini supaya anda berasa bersemangat untuk kerja.
Tahukah anda, jika commute ke tempat kerja mengambil masa lebih daripada 30 minit, boleh menyebabkan semangat kerja merudum -30%?
Oleh itu, saya sangat mencadangkan untuk menyewa/tinggal di jarak yang lebih dekat dengan tempat kerja. Jika sewa satu rumah mahal, anda boleh berkongsi unit dengan penghuni lain, malah boleh buat sewa atas angin ke atas unit itu tadi.
Pastikan anda rancang ini dengan betul supaya tidak mengambil lebih masa dan perhatian daripada kerja anda yang sebenar.
Ambil Cabaran dan Siap Awal untuk Lebarkan Kebolehan Diri.
Jangan berhenti di tahap yang sama selama bertahun-tahun. Ambil cabaran baru dan cuba untuk memperluaskan kemahiran dan kebertanggungjawaban anda.
Jika umur masih muda semuda 18-30 tahun, sebaiknya selepas graduan, sahutlah cabaran yang melebarkan kebolehan diri.
Tetapi, anda harus bijak.
Ambillah cabaran yang anda bakal berpuas hati dengan reward (yang dijanjikan secara hitam dan putih).
Hal ini kerana, sebarang cabaran yang diterima boleh jadi merapu dan tidak mengoptimakan bakat dan matlamat anda bahkan dipergunakan atau dijadikan sebagai bakal kambing hitam!
Malah mengurangkan atau lari dari nilai kerja anda yang anda boleh berikan yang sebenar. Ini anda harus hati-hati menerima sesuatu tugas.
Gunakan Kata-Kata Positif
Jangan sesekali mencela atau bercerita buruk dengan rakan sekerja, bos, dan pelanggan. Hindari mengkritik atau mencela sesiapa, kerana ini boleh merosakkan hubungan dan imej anda sendiri di tempat kerja.
Amalkan afirmasi positif setiap hari untuk membangunkan keyakinan diri anda. Katakan kepada diri anda, “Saya dapat buat sales 5 angka!” seolah-olah anda telah berjaya selesai cabaran pada hari itu.
Lakukan kaedah ini hari-hari dengan niat di hati yang 100% ikhlas dan gembira sehingga terpancar di wajah anda. Hasilnya akan menjelma dan anda rasa macam magis.
Gunakan Saluran Yang Betul Jika Tidak Berpuas Hati
Selaku supervisor sales syarikat, saja saya ingatkan tim saya, bahawa kita ini cuma “kenderaan” yang membawa syarikat untuk capai milestone A ke B.
Kita bukanlah sesiapa, yang nakkan semua orang boleh ikut cara bekerja kita kecuali kita yang memberi gaji, betul tak?
Walaupun tak berpuas hati, keharmonian work itulah adalah keutamaan No. 1, above all.
Jika ada perkara yang tidak berpuas hati dengan kerja, prestasi, atau persekitaran kerja, adalah baik untuk berbincang terus dengan atasan atau pengurusan HR anda. Buat temu janji untuk berbicara secara peribadi dan profesional.
Sampaikan kebimbangan anda secara terbuka dan menghormati keharmonian workplace. Workplace — tempat semua orang mencari peluang rezeki.
Mungkin terdapat misunderstanding atau isu yang boleh diselesaikan melalui perbincangan ini.
Kadang-kadang, ketersalahfahaman boleh diselesaikan dengan cara, “Boleh anda katakan sekali lagi? Saya takut salah dengar.”
Yelah, kadang-kadang, telinga dah lama tak korek. Kemudian, salah dengar. Kan, dah jadi fitnah pulak nanti. Bila siasat, anda yang salah dengar –> salah faham. Kan malu ?
Kalau anda memang salah dengar, anda tak nak masuk campur, boleh berkata, “Eh, apa dia? Tak dengar lah. Hello? Hello? (Tunjuk earphone & kecoh sikit). Saya minta diri dulu ya”. (Get out from there!)
Takpelah berdrama sikit. Jangan kena sangkut sekali sudah. Tajuk artikel pun real-life tips! Kau jangan nak tergamam sana sini macam sinetron Indonesia tu pulak! Aku dah habis popcorn.
Tidur Cukup Dalam Bilik Gelap
Jangan abaikan tidur yang berkualiti dan cukup!
Tidur yang baik membantu meningkatkan produktiviti dan memastikan anda berada dalam keadaan yang baik untuk menghadapi cabaran di tempat kerja.
Mungkin anda penggemar kopi/kafein/Neslo, tolong jangan consume selepas jam 7pm. Walaupun anda percaya kafein ini tak menjejaskan anda, percayalah ia menjejaskan kualiti tidur anda! Langsung, imuniti anda!
Pastikan anda tidur di lampu bilik yang gelap sepenuhnya. Dapatkan tilam yang berkualiti. Pastikan bantal, cadar katil bersih dan kebas lah supaya tidak berpasir. Elak tidur dalam bilik lampu berpasang.
Untuk menghadapi gangguan bising kenderaan di jalan raya, spend duit untuk tukar tingkap kedap bunyi.
Kalenjar terkecil dan powerful yang bernama pituitary gland akan merembeskan hormon melatonin yang membunuh sel-sel yang stres di mana sel-sel ini mempercepatkan proses penuaan. Hormon ini akan keluar dengan BANYAKNYA sewaktu dalam bilik gelap. Dan teramat sedikit, bila tidur dalam bilik berlampu terang.
Jadi, jika anda concern dengan isu penuaan, mulai hari ini, jagalah tidur, bersukan dan hydrate dengan minum air putih banyak-banyak!
Jangan lupa, pengambilan vitamin C secara oral dapat meningkatkan imuniti kita juga selain tidur. Nak nyenyak lagi, diffuse sikit essential oils untuk menyahkan stress dan mengembalikan koordinasi mental.
Kita nak kerja, badan tak fit sebab? Habit kita sendiri yang tak sihat yang membuatkan tubuh badan sering sakit. Kita tak nak sampai pengurusan merasakan kita kurang fit/peranan in the company.
Anda boleh bersederhana dalam pengambilan makanan/ubat-ubatan/supplement tambahan.
Senang kata, anda mesti pandai jaga diri anda!
Pilihlah Rakan Sekerja Yang Berprestasi Tinggi
Kalau anda jenis yang tak pandai jaga diri, cari rakan sekerja yang berprestasi tinggi dan cungkil ilmu daripadanya.
Tahukah anda, prestasi seseorang pekerja cekap akan meningkat dengan pertambahan +15% jika duduk bersama dengan high performance people? Prestasi pekerja cekap ini juga akan menurun sebanyak 2 kali ganda iaitu -30% jika duduk dengan low performance people?
Betullah kata pepatah, “Kalau duduk berkawan dengan blacksmith, akan terpalit bau kehangitan batu arang dan besi. Hitam-hitamlah kita. Kalau duduk berkawan dengan penjual minyak wangi, akan terpalit bau wangi. Wangi-wangi lah kita.”
Pilih rakan sekerja anda dan belajar daripadanya sehingga anda juga berubah sepersaing dengan rakan anda itu.
Ingat, tiada manusia yang perfect. Anda hanya perlu belajar apa yang dia telah perfectkan dan hormati diri dan ilmu-nya. Anda hanya improve diri anda sahaja ya. Cerita lain, buat bodoh sahaja ya.
Motivator Cina itu juga berpesan, “Jangan sesekali bergosip. Ia budaya yang perlu dibuang keluar”.
Elakkan daripada bergaul dengan rakan sekerja yang mempunyai pengaruh negatif atau suka mengeluh.
Sebaliknya, rapatkan diri dengan individu yang sentiasa lapar untuk mencatit prestasi tinggi! Percayalah, attitude ini lama-kelamaan akan berjangkit (dorongan yang positif) dengan anda.
Ambillah hatinya, puji, belanja minuman kegemaran atau sebagainya. Individu tersebut mungkin cair dengan anda tapi yang pasti, matlamat berkobar-kobarnya tidak lari dari his/her sight.
Rapat, belajar, perhatikan, listen. Only learn from the best!
Follow the breadcrumbs. Belajar daripada SEMUT!
Follow the breadcrumbs macam semut jumpa serbuk roti, makan sikit dan selebihnya dipikul pulang ke sarang dengan kawan-kawannya.
Jika situ, lubuk rezeki yang halal, keluarga kenyang, hati pun girang, ikutlah lubuk itu.
Namun!
Jika lubuk itu lubuk yang menjeratkan, memanipulasi, memeritkan, yang dimana anda telah berusaha gila-gila tetapi tetap tiada hasil dalam masa 30-90 hari, asyik HADAP worse case scenarios, put a STOP. It’s bullshit.
30-90-120 hari ini kira probation lah. Dah cukup untuk memutuskan anda perlu follow atau tidak breadcrumbs itu buat sekurang-kurangnya 10 tahun lagi. Kalau mengarut sangat, cari jelah roti lain. Roti gardenia ke, roti ban KFC ke, atau roti Perancis.
Pandanglah wajah ibu bapa atau pasangan dan anak-anak. Jangan buang masa. Sedarlah tanggungjawab kita. Jangan kita jadi beban yang menyusahkan buat mereka.
Follow the breadcrumbs juga bermaksud, anda jangan melepaskan peluang untuk belajar dari pengalaman dan arahan yang ada yang sudah sukses. Tak perlu reinvent wheels. Ikut sahaja jejak langkah orang yang telah berjaya di tempat tersebut.
Jangan malu untuk meminta bantuan atau nasihat daripada pakar atau rakan sekerja yang lebih berpengalaman. Mereka boleh memberi anda pandangan yang berharga untuk meningkatkan prestasi anda.
Tak bertanya, berat mulut, sesat jalan!
Jangan Mudah Berputus Asa
Jika workplace okay, teruskan mencari keberkatan dalam ibadah bekerja.
Jika tak okay, ko geledah balik 9 tips aku bagi kat atas ni.
Jika tak okay jugak, pindah sampai jumpa yang okay.
Jika tak ada pilihan, lastly ingat, kita ada slip gaji.
Slip gaji adalah “KUASA” seseorang pekerja. Tak kira gaji RM1800 pun. Tetap powerful. Kenapa?
Dengan adanya slip gaji, kita boleh membeli rumah/pelaburan lain atau membuat permohonan produk dengan bank (jika perlu). Janji, kesannya menghasilkan cashflow yang positif.
Beginilah cara jika nak lupakan kekusutan yang berlaku. Sebagai contoh, beli rumah sebagai harta tambahan cashflow positif. Dari situ, pelan lah persaraan baik-baik.
Sibukkan diri dengan matlamat begini dan berdoa dipermudahkan perjalanan kerjaya dan ikut pelan persaraan tadi. Sedikit-sedikit, lama-lama akan menjadi bukit.
Sentiasa fokus pada pelan dan matlamat kita. Kekalkan momentum dalam menyiapkan tugasan anda. Motivasi, strategi dan disiplin adalah penting bagi menuju garis penamat yang diletakkan.
Jangan mudah terganggu atau turbulent dengan perkara-perkara yang tidak penting.
Cadangan saya, anda juga boleh menyertai sukan MMA untuk membina dalaman dan fizikal yang kuat. Bina diri yang lebih asertif!
Kesimpulan.
Dengan mengamalkan langkah-langkah ini, anda boleh meningkatkan peluang anda untuk berjaya dan bertahan di tempat kerja. Ingatlah bahawa tempat kerja adalah tempat di mana anda boleh terus berkembang dan mencapai semua impian anda, termasuklah boleh bersara awal dengan pasif income RM10k sebulan jika kena dengan pelan dan gayanya!