3 Metriks Kehidupan Yang Buat Saya Rasa Complete

Husband and wife smile at each other and feel complete under night sky.
Husband and wife smile at each other and feel complete under night sky.

Setiap orang metrik kejayaan adalah unik. Ia boleh dicekup dari sudut kerjaya, family, kesihatan, pemakanan dan sebagainya. Yang penting, bila kita capai metriks ini, kita rasa berjaya, berpuas hati dengan diri sendiri sebab dapat overcame, dan ini cukup untuk membuat kita bahagia untuk hari/minggu/bulanan/whatever period of time itu.

Saya kongsikan 3 metriks bulanan yang good-enough for me buat masa sekarang dan saya rasa complete bersyukur alhamdullillah bila dapat capai pada bulan itu. Jom ikuti perkongsian saya di bawah.

Artikel ini terilham daripada X Reza Razali.


Mari saya mulakan.

Jangan Gagal Menyimpan

Jika gagal menyimpan, maksudnya saya beri wang kepada orang lain.

Saya pernah belajar konsep “Arigato Your Money” daripada Vishen Lakhiani dari Mindvalley.  Once kita decide nak beri duit kepada orang lain, kita berterima kasih kepada duit tersebut. Apabila kita buat begini, ini akan mencetuskan ‘circular flow’. Kita dapat pendapatan, kita say thank you. Kita nak beri pun kena say thank you to the money. Ini rahsia membuakkan rasa rahmat, keamanan dalam diri, dan keeleganan seni diri. Ini lah RAHSIA mentaliti orang kaya-raya di Jepun.

Sila lihat video ini. Sangat bagus, mind-opening dan straightly practical.

Alhamdulillah, walaupun duit terbang dengan kesediaan, saya dapat menyimpan 20-25% daripada pendapatan. Saya tahu kenapa saya nak kena menyimpan. Faham matlamat dan kenapa nak kena menyimpan dan mengeluarkan, then rekod dan follow your own budget splitting secara konsisten.

Jangan Gagal Turunkan Lemak Badan

Haa yang ini saya happy sangat sebab saya dah berjaya turun 4kg dalam masa sebulan tanpa exercise. Sebenarnya, saya ada rasa serba salah selepas pembelian treadmill, ia tersadai tanpa menyangkutkan tuala ya (saya tak beri buat begitu kepada item yang telah saya berbelanja besar! Hehe).

Betul lah pulak konsep white elephant tu!

The thing is dulu, saya memang kaki lari, kaki jogging. Saya dapat menghabiskan 3 lap Taman Tasik Cyberjaya tu dalam masa 30 minit jer tanpa rasa letih. Kawan saya lagi gila. 7 lap without cungaps! Aku tak tahu lah tu kaki manusia ke kaki belalang lompat-lompat tu. Hahaha.

Jadi, bila saya dah 30 (ok, umur bukan lagi rahsia hehe), rasa mudah capek pulak. Saya sekarang masih gather strength and rentak on using the treadmill consistently. Sekarang ini, 3 kali seminggu pun tak capai. Masih 0. Satu lagi isu, mungkin kedudukan dia tak berada di posisi yang best. Semasa diturunkan dari lori, saya tak ada kat rumah. Johnson T101 agak berat nak dipindahkan. Ah, ini semua alasan.

Yang penting, teori nutrisi yang dikatakan 80% lebih menyumbang kepada matlamat aku daripada exercise itu betul. Ilmu nutrisi dapat dipegang lebih dan aku alaminya sekarang.

What I do is I kurangkan makan nasi, dan lebihkan makan noodles dan roti sandwich gebu-gebas dari Family Mart. Kadang-kadang, bila rasa lapar, I consciously know that it is because of boredom. It is either I busykan diri atau I layan the boredom and pergi beli dan makan roti sandwich itu atau minum protein shake. Nak bagi happy sikit, I get my snack cheese pudding.

  1. Noodles – RM9
  2. Sandwich – RM6.90
  3. Cheese pudding – RM3.90

Jangan lah kecam aku kalau lunch aku memang range ~RM20 lebih kurang. Ini kalau aku tak bawak bekal. Aku hari-hari (like 4x a week) bawak bekal ok. Bekal aku always be mee/bihun. If nasi pun, sesenduk sahaja. Tak lebih, walaupun husband I suruh letak lebih sikit, sebab dia kesian dekat I makan sikit sangat nasi nyer.

All these resulted I boleh makan apa sahaja, due to aku faham sikit nutrition tu works how. Provided tidur kau cukup 6-7 jam. My bedtime is alhamdulillah around 11-12pm. If lebih, it akan affect my morning. Bila bangun rasa tak fresh and rasa lagi a mess sedikit before fix my mess by using positive affirmations. So, yes I take care of my bedtime, my daily goals and these parameters. InsyaAllah.

Jangan Gagal Position Sizing

Ini adalah faktor utama kejayaan kau dalam trading. Kita harus belajar tentang position sizing jika nak berjaya dalam dunia trading. Ini lah yang memisahkan antara amatur dengan profesional. Amatur akan rasa, “Malam ini jugak ni aku boleh kaya”. Hakikatnya, ia sukar melainkan kau trader high-risk yang hebat. Kau entry saiz gempak jer, dia ikut pelan kau.

Jadi, bila dah tahu, dah boleh kawal kesedihan tu dengan mengawal emosi kita dan habitkan position sizing sebelum entry sebab nak latihkan diri berapa saiz risiko yang kita boleh hadapi.

Kalau boleh, biar bijik mata ini tengok calculation yang dibuat. Kalau kita nak telan air liur pun susah, kecilkan lah sedikit risiko itu sampai rasa nothing/heartless.

Jika ini dapat dijaga, trader pun dapat konsisten selama-lamanya. Bulan depan dah boleh expect pendapatan dari ini at least USD1K tu tak lari. Yang lain-lain tu, komisen. Boleh buat slip gaji.

Penutup

So, apa parameter kejayaan korang? Apa metrics/petunjuk/indikator/ukuran kita rasa berjaya? Setiap orang lari dalam trek yang berbeza. Ukurlah makna kejayaan supaya lebih mudah nak capai bila dah tahu apa yang kita rasa susah, bila buat, rasa berjaya, bahagia dan rasa complete.

Mungkin boleh jadi; Jangan Gagal Buat Partner Susah-Senang-Sama-Sama ini Happy, Jangan Gagal Ambil Red Meat 3X Seminggu, Jangan Gagal Early BedTime. Ia boleh jadi something innerly personal untuk overcome sebarang tabiat yang buruk. Jika dapat overcome, diri akan rasa happy, complete sebab keyakinan diri sendiri semakin bertambah. 🙂

Haa, lekas kongsikan di bawah. Kita belajar sama-sama.

Terima kasih.

Jika bermanfaat, silakan share post ini dengan kawan-kawan dan memberi feedback di kotak ruangan. Boleh jugak berkenalan. Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
error: Content is protected !!
Scroll to Top