Prinsip Pengurusan Risiko Van Tharp
Dr. Van Tharp dikenali sebagai pakar dalam bidang pengurusan risiko dalam perdagangan dan pelaburan. Buku-bukunya termasuk “Trade Your Way to Financial Freedom” dan “Super Trader,” yang telah memberikan wisdom yang berharga kepada pedagang seluruh dunia.
Beliau telah menggariskan kepentingan menyesuaikan saiz posisi dengan tahap risiko dan tahap kestabilan pasaran (volatility).
Dalam artikel ini, saya nak kongsikan tentang bagaimana kita nak apply prinsip-prinsip dengan modal kapital serendah RM2,000.
4 Komponen Pengurusan Risiko Dr. Van Tharp
Dr. Van Tharp telah memberikan sumbangan besar dalam memahami peranan psikologi dalam perdagangan. Ia penting kerana faktor psikologi sering kali memainkan peranan utama dalam kejayaan atau kegagalan seorang pedagang.
Beliau telah mengembangkan sistem perdagangan yang dikenali sebagai “Tharp Think.” Sistem ini membantu pedagang mengembangkan perdagangan secara konsisten dan disiplin.
Apakah 4 Komponen Pengurusan Risiko Dr. Van Tharp itu? Jom saya mulakan di bawah!
Komponen 1: Tetapkan Peratusan Risiko yang Sesuai
Sebelum anda mula berdagang, tentukan berapa banyak modal yang anda sanggup risikokan dalam satu perdagangan.
Van Tharp menasihatkan agar peratusan risiko ini tidak melebihi 1% – 2% dari modal anda.
Jom kita try 2% sebagai contoh:
-
- Modal Kapital: RM2,000
- Peratusan Risiko: 2%
Komponen 2: Tetapkan Henti Rugi/Stop Loss
Tentukan tahap henti rugi (stop-loss) untuk setiap perdagangan. Henti rugi ini adalah tahap harga di mana anda akan keluar dari perdagangan jika perdagangan tersebut bergerak melawan anda.
Sebagai contoh, kita akan gunakan 5% dari modal kapital sebagai henti rugi:
-
- Modal Kapital: RM2,000
- Peratusan Risiko: 2%
- Henti Rugi: 5% dari RM2,000 = RM100
Komponen 3: Hitung Risiko Awal Setiap Perdagangan
Hitung risiko awal untuk setiap perdagangan. Risiko awal ini adalah jumlah dolar yang anda risikokan jika perdagangan berakhir dengan kerugian. Anda boleh menghitungnya dengan menggunakan rumus berikut:
Risiko Awal (RM) = [Modal Kapital (RM)×Peratusan Risiko] / 100
Komponen 4: Hitung Saiz Posisi (Kontrak) yang Sesuai
Lastly, hitung saiz posisi dalam kontrak yang sesuai dengan risiko awal anda dan henti rugi yang telah ditetapkan. Anda boleh menggunakan rumusan berikut:
Saiz Posisi (Kontrak)=Risiko Awal (RM) / Harga Poin (RM)
Katakanlah instrumen perdagangan anda mempunyai harga setiap poin sebanyak RM2, maka:
Saiz Posisi (Kontrak) = RM 40 / 2 = 20 kontrak
Takpe. Saya tunjuk lagi sekali dalam bentuk jadual pulak.
Carta Jadual Modal RM2000 dengan Risiko 2%.
Jadual di bawah adalah saiz posisi berdasarkan modal RM 2,000 dengan peratusan risiko 2% dan kita anggap anda dagangkan dalam pasaran hipotetikal dengan tahap ketidakstabilan yang berbeza.
Ketidakstabilan Pasaran | Henti Rugi (dalam mata) | Risiko Awal (setiap kontrak) | Saiz Posisi (Kontrak) |
---|---|---|---|
Rendah | 20 | RM 20 | 5 |
Sederhana | 40 | RM 40 | 2.5 |
Tinggi | 60 | RM 60 | 1.67 |
Contoh Pengiraan:
Mari ambil contoh perdagangan dalam pasaran dengan ketidakstabilan rendah:
- Modal: RM 2,000
- Peratusan Risiko: 2%
- Ketidakstabilan Pasaran: Rendah
- Stop Loss (dalam mata): 20
- Risiko Awal (setiap kontrak): RM 20
Formula saiz posisi:
Saiz Posisi (Kontrak) = Modal × Peratusan Risiko / [Risiko Awal (setiap kontrak)]
Oleh itu, dalam pasaran yang ketidakstabilannya rendah, anda sepatutnya berdagang 5 kontrak untuk risiko 2% modal RM 2,000 anda setiap perdagangan, dengan henti-rugi yang ditetapkan pada 20 mata.
Ulangi pengiraan ini untuk keadaan pasaran yang berbeza untuk memastikan saiz posisi anda padan dengan tahap risiko dan ketidakstabilan pasaran yang berubah, seperti yang diajar oleh Dr. Van Tharp.
Pendekatan ini sangat membantu melindungi modal anda dan meningkatkan survival rate dalam perdagangan anda.
Ingat untuk mengkaji dan menyesuaikan saiz posisi anda secara berkala seiring dengan perubahan keadaan pasaran serta pertumbuhan atau penurunan modal anda.
Pengelasan Volatiliti Menurut Dr. Van Tharp
Berikut adalah cara untuk mengelaskan instrumen perdagangan mengikut tahap ketidakstabilan atau volatiliti bagi Van Tharp:
Jenis Pasaran | Ciri-ciri | Contoh Instrumen |
---|---|---|
Pasaran Rendah Ketidakstabilan (Low Volatility) |
Bergerak perlahan dengan perubahan harga yang kecil dalam jangka masa pendek. |
|
Pasaran Sederhana Ketidakstabilan (Medium Volatility) |
Perubahan harga yang lebih sederhana dalam jangka masa pendek. Pergerakan harga boleh lebih dinamik daripada pasaran rendah ketidakstabilan. |
|
Pasaran Tinggi Ketidakstabilan (High Volatility) |
Perubahan harga yang besar dalam jangka masa pendek. Lebih berisiko dan memerlukan saiz posisi yang lebih kecil untuk menguruskan risiko. |
|
Cadangan.
Memahami komponen-komponen ini dapat membantu kita mengimbangi risiko kita dengan potensi ganjaran dalam pasaran yang berbeza.
Dengan cara ini, kita dapat menguruskan risiko dengan bijak. Kita tidak melebihi peratusan risiko yang telah ditetapkan, disiplin menjadi kukuh.
Semasa perdagangan instrumen dengan tahap ketidakstabilan yang lebih tinggi, anda seharusnya menggunakan saiz posisi yang lebih kecil untuk mengelakkan kerugian besar dalam kes pasaran bergerak secara mendadak. Di sebaliknya, instrumen dengan ketidakstabilan rendah mungkin membolehkan anda mengambil saiz posisi yang lebih besar kerana risiko harian biasanya lebih terkawal.
Namun, ingatlah bahawa pengurusan risiko tidak hanya bergantung pada ketidakstabilan pasaran. Aspek lain seperti strategi perdagangan, analisis risiko, dan penentuan peratusan risiko perlu diberi perhatian juga. Selalu lakukan kajian pasaran yang teliti dan pelajari cara pasaran yang anda dagangkan bertindak balas terhadap perubahan dalam ketidakstabilan.
Harap dapat memeriahkan post ini dengan sedikit komen positif atau share2 post ini sebagai tanda penghargaan. Terima kasih.
Sekian dari Shlionz.
Dari meja tulis.