

Seperti yang kita tahu, forex dijatuhi hukum haram oleh majlis fatwa. Setelah mengamati, saya nampak adalah 5 isu syariah forex yang runcing:
- Qard
- Rollover interest
- Qabd
- Menjual matawang tiada dalam pegangan
- Spekulasi yang melibatkan perjudian.
Saya tidak ada background dalam interbank dan muamalat. Saya berminat untuk berkongsi 5 pandangan positif yang insightful bagi menjawab 5 isu buruk yang memalit industri forex ini. Jom kita lihat kelima-lima isu di atas.
Isu 1: QARD = LEVERAGE
Pandangan Forex Trader: Leverage dalam forex tak sama dgn bank. Ianya bukan pinjaman daripada bank. Sebaliknya, leverage dalam forex bermakna “0% interest user-sided facility” (kemudahan). Bermakna, kemudahan yang disediakan dalam forex online adalah:
- Tidak ada interest.
- Tidak perlu membayar balik kepada broker.
- Menguntungkan trader malah membantu trader.
- Leverage sebegini diberi nama qard al-Hasan iaitu “beautiful loan” yang trader tidak berhutang dengan broker pun.
Kertas kerja mengenai ini telah ditulis oleh sekumpul pengkaji dari UUM. Boleh dibaca di sini.
Isu 2: ROLL-OVER INTEREST ATAU SWAP FEE
Pandangan Forex Trader: Jika memilih akaun Islamik, yuran swap kerana overnight sudah tiada.
Jika ada, menurut pengalaman dulu, staf broker Muslim sendiri menggesakan trader Muslim untuk pilih akaun Islamik. Malah, akaun Islamik ini turut menjadi pilihan ramai non-Muslim. Hal ini kerana, yuran swap diakui ada Riba jenis al-Nasiah yang menyusahkan.
Kebanyakan broker telah peka dengan keperluan trader Muslim hari ini dengan menyediakan akaun Islamik tanpa swap fee.
Isu 3: QABD = SERAH & TERIMA = YADAN BI YADIN = SPOT = HAND-IN-HAND
Forex jatuh dalam kategori Bai al Sarf. Apabila Bai al-Sarf, “serah dan terima” atau spot perlu segera. Setelah mengkaji, saya menemui seorang yang mempunyai latar belakang kewangan, interbank dan remisiering lebih daripada 30 tahun di negara Malaysia iaitu Tuan Ahmad Sherhan (Tuan AS).
Tuan AS mengatakan qabd ini ada pada ketika trade itu done / matched/ dipenuhi / fullfilled. Sampai sini, selesai.
Apabila trade ini dipenuhi, maka trader tak perlu tunggu hari settlement seperti saham dan pihak parti kedua pula iaitu broker, wajib membuat pertukaran.
Jika tidak ada pertukaran atau broker bawak lari, bermakna ini sudah tidak menjadi patuh syariah kerana syarat Bai al-Sarf itu wajib ada 2 parti untuk membuat pertukaran. Broker tidak mematuhi ini, maka broker yang jatuh berdosa.
Maka, trader digesakan mencari syarikat broker yang memiliki integriti tinggi yang menjaminkan pertukaran. Trader boleh melakukan semakan dari segi lesen, candlestick, testimoni pengguna lain dan sebagainya untuk menjauhi ancaman.
Exchange rasmi hanya melindungi/menjaminkan pertukaran tersebut.
Yang wajibnya ada pertukaran; sesama peserta atau internal, berjaya bertukar, dikira memadai.
Saya menyediakan 7 links di bawah untuk bacaan semua.
- Difference between Moneychanger vs Forex Broker (2021)
- Mechanism of Online Forex Trading (2022)
- The Purpose of CFD Introduction (2021)
- Understand Role of CFD Provider 2020
- Yadan Bi Yadin Mechanism Part 1 (2020)
- Yadan Bi Yadin Mechanism Part 2 (2021)
Isu 4: MENJUAL MATA WANG YANG TIADA DALAM PEGANGAN
Diriwayatkan bahawa Ibn Umar R.Anhuma berkata, Nabi ﷺ bersabda: مَنِ ابْتَاعَ طَعَامًا فَلاَ يَبِعْهُ حَتَّى يَقْبِضَهُ
Maksudnya: “Sesiapa yang membeli sesuatu makanan janganlah dia menjualnya sebelum dia sendiri menerimanya.”
Ini merupakan isu syariah terbesar kerana hampir semua pihak termasuk dunia global mengatakan CFD tiada memiliki aset pendasar.
Berbeza dengan Tuan AS yang memerhati isu ini dengan lebih dekat, mengatakan CFD ini sebenarnya memiliki aset pendasar yang benar-benar wujud!
Tuan AS mencerakinkan bahawa “Forex online trading dibuat oleh retail trader ialah sebahagian daripada spot fx yang dibuat di interbank”.
Sila rujuk dapatan beliau di sini.
Isu 5: SPEKULASI MELIBATKAN PERJUDIAN (MAYSIR)
Tuan AS juga mencerakinkan definisi spekulasi dengan perjudian. Kedua-duanya memiliki definisi, cara implementasi, tujuan dan kesan yang berbeza dari sudut akademik.
Definisi “Spekulasi” adalah tindakan yang diambil berdasarkan pemerhatian atau kajian seperti kajian teknikal, fundamental atau/dan sentimen. Manakala, definisi “Gambling” pula adalah tindakan yang diambil berdasarkan tekaan semata-mata. Sila baca kajiannya di sini dan di sini.
KONKLUSI
Saya mengambil masa 3 tahun untuk mengkaji dan menyusun kefahaman terhadap isu-isu ini. Saya membaca pelbagai kertas kajian dan mengamati pandangan pakar kerana bukan mudah untuk faham dan saya juga lebih suka membaca penjelasan teks, Youtube, kertas kajian.
Bukan mudah.
Feqah itu bersifat praktikal dan hukum perlu ‘ditabal’ mengikut sudut implementasi dari broker yang berintegriti tinggi dan moden berdasarkan rujukan pakar-pakar bagi mengelakkan memberi nasihat syariah yang salah dan mencerakinkan situasi sebenar dengan seadil-adilnya.
Apa-apa jua persoalan anda, sila rujuk dengan pakar untuk mendapatkan pandangan yang ikhlas, jernih, telus dan adil.
Saya? Saya masih tidak trade instrument yang tidak ada pendasar. Sekian terima kasih.