6 Skills Penting

Dalam artikel ini, saya kupas 5 kemahiran tersebut untuk individu yang bekerja sendiri. Saya merupakan seorang salesperson di sebuah syarikat pada siang hari. Di masa cuti dan di malam hari, saya bekerja sendiri.

1. Skil Pemasaran

Bagi saya, pemasaran adalah aktiviti penting sebelum sales. Mengapa? Ramai kata aktiviti ini untuk menghebahkan, memberitahu, menguar-uarkan.

Sebenarnya, saya lebih setuju dengan kata-kata dari Tuan Guru Wan Yusof, bahawa ianya bertujuan untuk memudahkan jualan.

Bila saya fikir balik, betul. Ini lebih bersasar!

Jika dilakukan secara efektif dan konsisten, dapat menjana pendapatan yang lebih besar.

Buatlah apa jua bisnes yang gempak. Jika tidak ada skil pemasaran, bisnes lah apa2 pun sama jer. Cenderung gagal atau lambat nak maju.

2. Skil Membuat Jualan

Jualan pula adalah proses transfer value dan dapat bayaran.

Bagi saya, kita perlu ada product knowledge dan people knowledge. Tahu dua perkara ini, boleh lah menjual dengan berkesan.

Kejayaan menjual bergantung kepada beberapa faktor iaitu dari segi masa, tempat, dan suhu. Ya, suhu.

Suhu di sini bermaksud, suhu badan pelanggan. Lagi cepat kita bina rapport, lagi mudah nak sampaikan value dan pelanggan dapat menurunkan suhu dari sejuk kepada panas, malah panic hot button.

3. Skil Perakaunan.

Ketiga, perakaunan adalah bahasa perniagaan yang penting. Terasnya adalah cashflow. Orang kata, bukan cash is king, tetapi cashflow is king!

Pemilik perniagaan dapat memahami dengan lebih mendalam tentang keluar-masuk duit perniagaan mereka.

Ini membantu dalam mengenal pasti risiko, mengurangkan risiko tersebut. Malah, dapat mengembangkan portfolio holding bisnes.

Kalau boleh, jangan sampai merompak syarikat sendiri. Pulihkan kewangan segera dengan melantik akauntan atau boleh belajar self-accounting di sini.

4. Skil Pembangunan Perniagaan

Pembangunan perniagaan atau business development adalah tentang mengenal pasti

  • meningkatkan pendapatan menerusi peluang baru
  • berdaya tahan lagi-lagi di saat genting tapi boleh optimistik untuk syarikat
  • berkembang dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Usahawan yang terperangkap dalam rutin yang tidak efisien, boleh decide better exit plan/ shorter leash dan melihat peluang lain untuk validate dan naikkan pendapatan dalam pegangan.

5. Skil Kepimpinan

Kepimpinan yang efektif adalah kunci untuk membina pasukan yang berdaya saing dan produktif. Seorang pemimpin yang mampu memberi arahan yang jelas, memberi inspirasi kepada pasukannya, dan menguruskan semua sumber syarikat dengan baik.

Contohnya, pemimpin dapat memimpin para pekerja dalam aspek demikian:

  • Tidak mudah mengubah idea dan berganjak dari haluan yang ditetapkan.
  • Mendengar dan mencari sokongan idea yang menyumbang kepada idea utama.
  • Pemberian ganjaran dan pengiktirafan kepada yang patut.
  • Fasiliti dan keadaan kerjaya yang lebih baik.
  • Peluang pembangunan kerjaya atau job pathway.
  • Komunikasi positif tanpa mengurangkan motivasi pekerja.
  • Pay attention to the problem’s context rather than the problem.

Dengan memahami dan menguasai kemahiran kepemimpinan, seorang pemilik perniagaan dapat membina pasukan yang bekerja keras dan ‘care’ untuk mencapai visi dan kehendak perniagaan, bahkan ketika dia tidur atau sakit.

HR adalah mahal. Maka, tidak kurang juga, ramai yang dah menggunakan bot untuk kelangsungan bisnes yang tanpa atau kurang memerlukan pekerja.

6. Menguasai Diri

Akhir sekali, adalah penting untuk menguasai diri sendiri melalui rutin. Ini bermaksud pemilik perniagaan perlu memahami diri mereka sendiri, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka, dan bekerja pada aspek-aspek yang perlu diperbaiki termasuk fitness. Mental fit, fizikal fit, jiwa fit, mood fit, problem-solution fit dan sebagainya.

Bagaimana jika ada masalah yang besar melanda syarikat secara tiba-tiba? Seorang ketua perlu bersedia bila-bila masa sahaja andai badai melanda. Hal ini memerlukan fitness atau kehadiran yang tinggi atau orang putih sebut “show up” bagi menyelesaikan masalah.

Jika ketua sendiri tidak fit, dia akan cenderung untuk lari dari masalah melebihi expiration date!

Sudah tentu pekerja dalam hati nak cari bos lain yang lebih fit dan lebih efisien. Motivasi pekerja macam saya akan nak bekerja untuk good boss only.

Ketika dapat menguasai diri sendiri, mereka dapat memancarkan visi, keyakinan, daya tarikan, dan ketekunan yang mempesonakan.

Contoh good boss:

Kesimpulan

You don’t have to know a lot of things. You don’t have to be so smart.

Kalau hanya boleh 1 atau beberapa skil, choose partner/s yang boleh do, exactly useful, to do with or for you.

Surely, nothing is easy. Nothing comes free. To think and do differently, we have to pay the price. Young people, are the solutions for all the worries.

Setuju dengan 6 poin ini? Sila kongsikan pendapat anda atau tekan butang share. 🙂

Jika bermanfaat, silakan share post ini dengan kawan-kawan dan memberi feedback di kotak ruangan. Boleh jugak berkenalan. Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
error: Content is protected !!
Scroll to Top