
Gaji sebulan semakin lama semakin tak cukup ke? Aduh, kenapa jadi macam tu? Maka, jangan biarkan gaji kita terbang macam burung tak pulang ke sarang. Jom, kita bincangkan cara-cara nak selamatkan gaji daripada habis! Gaji kan jadi sumber utama kita, so kena pandai-pandai manage. Aku bagi 7 tips, laju je.
1. Tabung S.O.S (Simpan, Omit, Sentap)
Langkah pertama dalam menyelamatkan gaji anda adalah dengan menubuhkan tabung kecemasan yang dikenali sebagai “S.O.S”. Setiap bulan, sediakan sebahagian daripada gaji anda dan Simpan dalam tabung ini. Tabung ibarat anda menembak lepas lampu suar sebagai penolong utama ketika anda dalam kecemasan seperti kehilangan pekerjaan atau masalah kesihatan.
Selain itu, amalkan juga perkara penting seperti Omit, iaitu mengelakkan pembelian barang-barang yang tidak diperlukan, dan Sentap, iaitu mengingatkan diri sendiri tentang tujuan tabungan tersebut apabila ingin menggunakannya. Haa mesti baru belajar something something kan ? Hehe!
2. Bajet, Bajet, Bajet – Awas, Jangan Kena Racun!
Buat bajet. Tak kira gaji besar atau kecil, kita kena ada bajet. Kenapa?
Objektif bajet ini ialah kita nak jadikan ianya sebagai peta, yang dapat tunjukkan jalan ke arah:
- pertumbuhan, perkembangan diri
- pertambahan harta
- menuju kebebasan kewangan!
Ia bukan sekadar sehelai kertas A4 (bajet). Kita je tak tahu the kepentingan.
Bajet membantu kita mengenal pasti berapa banyak wang yang perlu diallocatekan untuk keperluan asas seperti sewa, makanan, dan utiliti. Tanpa bajet, kita mungkin akan terjebak atau mudah sangat ‘kena racun’ dalam perbelanjaan yang tidak terkawal.
Nak elak kena racun, my tips is personally I jarang bukak media sosial Instagram. Racun feeds so wow and kadang-kadang buat I rasa macam, “Eh, tak cukup apa lagi ni ek? Laaa.. airtight container!” Dah pergi bershopping dan bubuh dalam wishlist. Cuma kat payment tu yang I macam ada superpower untuk sentapkan diri sendiri. So, my gaji selamat.
Setakat ini, memang ni habit yang I tak proud pun. Hujung-hujung yes. Hehe.
Memang lah kita ini tak pernah lah nak rasa cukup, mat tapi I dapat essentials like healthy food tu dan dapat beli top up supplements penting pun dah okay sangat. Fashion I kureng. Tapi jam cantik I suka.
Bila tengok bajet dari POV of a burung helang, kita dapat melihat dengan jelas berapa banyak wang yang dapat kita selamatkan setiap bulan.
This is my contoh lah. I have budget sheet which I review almost every week selepas dah tak ada apa kerja after balik kerja tu.
Ini column 1. Ada lagi column 2 which is perbelanjaan dia lebih besar.
3. Jimat Elektrik dan Air
Tutup lampu bila tak guna, dan sejukkan aircond dengan bijak. Elektrik dan air kos boleh jadi besar kalau tak berjimat cermat. Contoh, laptop/pc biar terbuka charging sampai lebih dari penuh.
From now on, jom kita start tabiat yang menguntungkan kita balik.
Selain itu, gunakan sumber air dengan bijak. Contohnya, tadahkan air hujan untuk kegunaan harian seperti menyiram bunga, pokok atau basuh kereta. Lagi banyak pokok bunga memekar di taman, lagi bagus diversiti flora dalam kawasan rumah kau.
Tindakan kecil ini boleh membantu anda menjimatkan wang dalam jangka panjang sambil basuh kereta, kulit tu boleh berkumuh jugak! Haa… barulah cantiks.
4. Masak di Rumah Jadi MasterChef!
Makan kat luar boleh menjadi salah satu punca besar perbelanjaan bulanan. Ini tidak hanya menjimatkan wang, tetapi juga lebih sihat. Anda boleh memasak pelbagai hidangan seperti mi rebus, nasi goreng, atau ayam panggang. Belajar resepi baru dan buat masakan sendiri. Dengan cara ini, anda boleh menjadi seorang “masterchef” dalam rumah sendiri!
Saya pernah nampak seorang uncle masak mi goreng dengan susu pekat. Dalam hati “Alamak, tapi perut dah cikebum2 tapi susu pekat tu macam unnecessary jer” You see… Pilihan di tangan anda.
Almost everyday, saya consciously pilih untuk bawa bekal makan brunch di tempat kerja. Dapat jimat RM10-20 per lunch/teatime meal. Kadang-kadang, beli Grab food. But I akan choose yang less guilty seperti Laksa Sarang or Subway with 5 jenis sayur add-on and fun makan with my colleague.
Another lagi satu story, masa ini, saya terpaksa naik Grab untuk pulang ke rumah kerana kereta rosak. Pemandu Grab berbangsa Cina dapat pulak jenis yang ramah dan rancak. Dia bercerita, kita mendengor ajelah. So setiap Sunday, dia mesti eat out satu family. No one is gonna cook. Jadi, 6 hari yang lain wajib masak kat rumah.
I was thinking, hey good idea! I dengan husband 3 hari dia cook, 3 hari I plak cook. Cenggitu. Siapa yang cook, another one kena basuh pinggan lah. Mesti selesai basuh sebelum tidur atau menjelang pagi.
I taruk pemandu Grab tu 5 stars kerana membuat petang saya ceria beryilmu! 🙂
5. Langgan Promosi Sampai Kemaruk
Ketika membeli barang-barang keperluan, cari promosi dan diskaun. Jangan malu untuk mencari nego dapatkan harga terbaik. Guna aplikasi mudah alih atau laman web yang menawarkan promosi dan diskaun untuk membantu anda mendapatkan produk dengan harga yang lebih rendah. Kupon dan promosi adalah rakan baik anda!
Boleh aware jugak tarikh2 penting seperti 1.1, 2.2 sehinggalah 12.12 untuk rebut promosi. I don’t know how the date idea start bila but it was a cheekishly brilliant and makes consumer to be more mentally and financially prepare to buy maybe many things at once and stop and wait for next sensational date.
Plus, Malaysia ini banyak gila holiday so, selamatkan lah gaji dan jaga baik-baik matlamat kita ya.
6. Pelaburan Bijak
Selain daripada menyimpan wang di dalam bank, pelajari juga mengenai pelaburan. Pelaburan yang bijak boleh membantu wang anda berkembang seiring dengan masa. Anda boleh mempertimbangkan pelaburan dalam unit amanah, saham, atau hartanah sebagai cara untuk diversifikasi portofolio pelaburan anda.
Walau bagaimanapun, pastikan untuk memahami risiko (calculate the downside of it!) dan potensi pulangan (at the worst case scenario) sebelum membuat keputusan pelaburan.
Contohnya, dah tahu tahap kemampuan kita begini, kita pergi ambil high risk buat multiple submission (real estate speaking). Kira elok2 mat. Jangan tersadung macam beberapa sedara2 kita. Bab investment, jangan gelojoh okay. Sabow!
7. Eksplor Kemahiran Sampingan
Mungkin anda mempunyai bakat atau kemahiran sampingan yang boleh menjadi sumber pendapatan tambahan. Jualan produk secara dalam talian, menjahit, atau memberikan tuisyen adalah beberapa contoh cara anda boleh menggunakan kemahiran ini untuk mendapatkan lebih banyak wang.
Kemahiran sampingan boleh menjadi sumber pendapatan yang berterusan dan membantu anda mencapai matlamat kewangan anda lebih cepat.
8. Insurance is Key Supaya Tak Tergadai Semua Harta!
Jangan lupa mengenai takaful. Insurans adalah perlindungan yang penting untuk menghadapi kecemasan seperti masalah kesihatan atau kerosakan harta benda. Ia boleh membantu anda menghadapi kos yang besar tanpa mengorbankan simpanan anda. Kalau ada emergency or medical bills, takaful boleh cover. Yang penting, you faham pelan insurans yang you beli.
Kalau belum faham, mungkin you terlalu muda untuk relate dengan musibah (nauzubillah). Saya personally fikir umur 30 adalah umur yang boleh buat pelbagai keputusan yang long-term dengan lebih bijak.
Jika ada kesedaran awal, tak ada masalah pun. Kalau nak beli yang murah-murah pun tak ada masalah asalkan downside of kita ini sebagai hambaNya yang kadang-kadang mungkin didatangkan ujian jatuh sakit yang teruk, takaful ada datang melindungi. Apa pun pastikan kita mampu, at least 5% daripada gaji.
Penutup.
Jangan lupa jaga disiplin dan istiqamah! Ingatlah, menyelamatkan gaji bukan tentang hidup dengan kesempitan, tetapi tentang menguruskan wang dengan bijak. Dengan tabungan yang kukuh dan perbelanjaan yang terkawal, anda akan lebih selamat dari kesan gaji habis sebelum masuk hujung bulan. Jadi, mari kita berazam untuk menjadi pakar dalam menguruskan gaji kita, demi masa depan yang lebih cerah!
Tell me. Bagaimana anda selamatkan gaji anda? Apakah approach atau step yang anda ambil? Boleh lah kita sama-sama belajar antara satu sama lain. 🙂