Dari Atlantik ke Amazon: Pasaran Saham Melalui Petualangan Nakhoda Rijal

Dalam dunia pelaburan dan perdagangan, pandai ‘membaca’ pasaran adalah kunci untuk mencapai kejayaan. Ibarat seorang nakhoda perlu mengenali setiap denyutan, ombak, dan arus yang datang dari kejauhan, memastikan setiap langkah diambil dengan kesedaran dan kebijaksanaan. Dalam dunia perdagangan dan pelaburan, sifat pasaran kewangan ini serupa dengan lautan yang misteri; penuh dengan gelombang naik turun yang tidak diduga.

Trending

Bayangkan Nakhoda Rijal, seorang pelayar handal, sedang mengemudi kapal perang besar melintasi Lautan Atlantik. Laut tenang, angin sepoi-sepoi datang dari belakang. Kapal bergerak laju, membelah air dengan lancar. Mood best. Ini macam pasaran “uptrend”, di mana segalanya berjalan lancar dan keuntungan mudah diperoleh.

Namun, apabila angin bertiup dari hadapan, mendorong kapal ke belakang, menghalang perjalanannya dan mood pun tak best, itu macam “downtrend” lah. Bila graf menunjukkan garis ala-ala mendatar ke bawah, tu tandanya beruang (sellers) tengah dominasi.

Range-Bound (Sideways Market)

Sekarang, Nakhoda Rijal dah berada di Laut Mediterranean. Dia mendapati kapalnya berlayar ke timur dan barat dalam kawasan yang sama, terperangkap di antara dua pulau besar. Ini ibarat pasaran yang bergerak dalam range tertentu, di mana harga naik dan turun dalam julat yang sama, tanpa hala tuju yang jelas.

Saja saya memberi bayangan pasaran ibarat terperangkap dalam kotak — tak boleh keluar! Harga asyik ulang-alik je dalam satu range tertentu. Macam main ping pong, tak tahu bola tu nak jatuh ke mana. Pasar gini susah sikit nak agak sebab takde arah yang jelas. Faham?

Volatile

Tiba-tiba, cuaca berubah. Ombak besar mula bergulung, angin bertiup kencang dan hujan turun dengan lebat. Kapal Nakhoda Rijal terhuyung-hayang, terpelanting ke sana sini oleh ombak. Ini adalah gambaran pasaran yang “volatile”, di mana harga boleh berubah dengan drastik dan cepat tanpa amaran. Pasaran “volatile” ni ibarat cuaca yang tak menentu. Sekarang cerah, tiba-tiba je hujan lebat. Kalau tak hati-hati, hah, boleh rugi besar tuan puan!

Illiquid

Nakhoda Rijal sekarang berada di Sungai Amazon, airnya cetek di beberapa bahagian. Kapalnya sukar untuk bergerak dan terpaksa berhenti beberapa kali kerana terkandas. Ini macam pasaran “illiquid” di mana transaksi sukar untuk dilakukan kerana tiada cukup pembeli atau penjual.

Kira ini macam pasar malam yang sepi. Tak ramai orang, jadi kalau nak beli sesuatu, kita kena tunggu ‘season’ dia. Ala, macam tak biasa plak korang ni. Macam Shopee 10.10 tu. Kalau hari lain, tiber “illiquid” pulak. Transaksi lambat dan harga boleh lompat-lompat sebab kurangnya aktiviti. Boleh boleh?

Overbought/Oversold

Sampai di sebuah pelabuhan, Nakhoda Rijal meninjau, “Eh eh, dermaga penuh sesak dengan kapal-kapal lain ya?” Tak ada ruang untuk kapalnya berlabuh. Ini macam situasi “overbought”. Bila dia sampai ke pelabuhan lain dan mendapati hanya kapalnya sahaja di sana, itulah situasi “oversold”.

Analogi lain: Kalau kita pergi kedai, kadang-kadang barang yang best tu cepat habis sebab ramai yang beli. Situasi macam ni dalam pasaran kita kata “overbought”. Tapi bila barang tu tak laku langsung, macam ada sale jualan hebat diskaun bagai tapi takde orang beli, tu kita panggil “oversold”. Pasai apa jadi macam tu? Tu kena check lah.

Laut pasang dan surut. Pasaran juga begitu. Biasanya akan ada perubahan.

Momentum-Driven

Dengan angin kencang yang konsisten, kapal Nakhoda Rijal bergerak laju merentasi lautan, melaju dari titik A ke B tanpa banyak rintangan.

Pasaran dengan “momentum” ni macam kereta laju di highway. Bila dah mula bergerak laju, susah nak berhenti. Terus muncul 3 white soldier, panjang dan lebar. Atau sebatang lemang marubozu. Trader suka ikut momentum sebab taknak terlepas trend yang kuat.

Choppy

Sekarang, Nakhoda Rijal berada di perairan dangkal dekat pantai. Masuk bulan 9, lautan bergelora. Ombak datang dari semua arah, tak tentu haluan. Kapal sukar nak dikawal. P. Trader kena lebih berhati-hati. Pasaran “choppy” macam tu, harga asyik berubah tanpa arah tuju yang jelas dan banyak kekacauan.

News-Driven

Kadang-kadang, ada berita besar yang boleh buat pasaran terkejut. Tiba-tiba, radio kapal menyampaikan berita tentang ada ribut besar yang mendekati. Nakhoda Rijal mesti buat keputusan cepat untuk mengelak atau berhadapan dengan ribut.

Macam bila ada isu politik, atau syarikat besar mengumumkan sesuatu yang tak dijangka. Pasaran boleh terus berubah arah sebab berita tu.

Kesimpulan

Seperti nakhoda yang mengemudi kapal menerusi badai dan cuaca cerah, pelabur dan pedagang harus bijak memahami dan menjangka perubahan dalam pasaran. Kita tidak boleh mengawal lautan, tetapi dengan persiapan dan pengetahuan yang betul, kita boleh belayar dengan selamat menerusi segala cabaran.

Seperti pepatah lama, “Sesiapa yang menghormati laut, akan menerima balasan baik darinya.”

Demikian juga dengan pasaran, dengan pemahaman dan kesabaran, peluang untuk berjaya akan selalu terbentang di hadapan kita.

Sekian analogi saya bawakan. Harap membantu!

Jika bermanfaat, silakan share post ini dengan kawan-kawan dan memberi feedback di kotak ruangan. Boleh jugak berkenalan. Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
error: Content is protected !!
Scroll to Top