Bubble — Puncanya daripada Tamak

careful analyst in chill attire with drumstick shlionz
Dr. Michael Burry, clad in a big blue shirt and drenched in sweat after playing the drums, sits in a messy room with earphones on, intently listening to “Master of Puppets” by Metallica. Due to his Asperger’s, this music helps him concentrate. Amidst this setting, he meticulously extracts financial anomalies, foresees the impending bubble, and manages Scion Capital’s portfolio during the 2008 crisis. God, I love this story!

Gelembung ekonomi, atau ‘bubble’ dalam bahasa Inggeris, merupakan fenomena dalam dunia ekonomi yang seringkali menjadi perhatian dan kadang-kadang menjadi punca krisis ekonomi. Tetapi apa sebenarnya maksud gelembung ekonomi ini?

Apakah itu Bubble?

Sebagai permulaan, gelembung ekonomi berlaku apabila harga sesuatu aset, sama ada itu saham, hartanah atau komoditi lain, meningkat dengan ketara dan cepat sehingga tidak lagi mencerminkan nilai sebenar aset tersebut. Harga ini biasanya dipengaruhi oleh spekulasi daripada para pelabur yang berharap dapat menjual aset tersebut pada harga yang lebih tinggi di masa akan datang.

Kenapa Ada Bubble?

Orang suka untung banyak dalam masa singkat. Bila dah nampak orang lain untung, semua nak join. Pastu semua fikir harga akan terus naik je. Tapi bila bubble pecah, harga jatuh teruk.

Contoh Besar Krisis 2008

Dulu, di US, bank bagi pinjaman rumah macam-macam orang, sampai yang tak layak pun dapat. Lepas tu, bank ni jual pinjaman-peminjaman ni dalam pakej (CDO).

Orang beli sebab fikir selamat. Tapi bila harga rumah jatuh, semuanya jadi huru-hara.

Punca (Lebih Detailed Sikit):

  1. Pinjaman Perumahan Berisiko Tinggi (Subprime Mortgages): Pada awal tahun 2000an, terdapat peningkatan besar dalam pemberian pinjaman perumahan kepada peminjam yang mempunyai sejarah kredit yang kurang baik atau berisiko tinggi. Pinjaman jenis ini dikenali sebagai ‘subprime mortgages’.
  2. Pembungkusan Aset: Bank-bank dan institusi kewangan lain kemudian membungkus pinjaman subprime ini bersama-sama dengan pinjaman lain-lain ke dalam produk kewangan kompleks yang dikenali sebagai ‘collateralized debt obligations’ (CDO). CDO ini dijual kepada pelabur di seluruh dunia.
  3. Penilaian Kredit yang Hentam Keromo: Agensi-agensi penilaian kredit memberikan rating yang tinggi kepada produk-produk berisiko ini, memberi kesan bahawa produk tersebut adalah selamat untuk pelaburan. Komisen pun best!
  4. Bergejolaknya Harga Hartanah: Pada masa yang sama, harga rumah di Amerika Syarikat terus meningkat, menyebabkan ramai orang percaya bahawa harga akan terus naik. Ini mendorong lebih banyak pemberian pinjaman dan pembelian hartanah.
  5. Kejatuhan Harga Hartanah: Pada pertengahan tahun 2000an, harga hartanah mula jatuh, menyebabkan banyak pemilik rumah tidak dapat membayar balik pinjaman mereka. Ini memulakan satu domino effect, di mana nilai CDO jatuh dan institusi kewangan yang memegang aset-aset ini mula mengalami kerugian besar.
  6. Kegagalan Institusi Kewangan Besar: Kerana kerugian dari CDO dan pendedahan besar kepada pinjaman subprime, beberapa institusi kewangan besar, seperti Lehman Brothers, mengalami kegagalan.

Cara Nak Cegah Bubble:

  1. Jaga Bank Tu: Kalau bank-bank ni lebih dijaga dan ada peraturan ketat sikit, mungkin masalah takkan besar macam ni.
  2. Jangan Tipu/Simpan Rahsia: Kalau produk kewangan tu susah nak faham, kena lah cerita dengan jelas. Jangan buat orang beli benda tak paham.
  3. Education: Kena ajar orang pasal pinjaman dan produk kewangan ni. Kalau tak, nanti terpedaya.
  4. Jangan Overkonfiden: Bank kena jangan ambil risiko besar sangat. Kalau salah langkah, susah nanti.
  5. Rating Kena Betul: Kalau agensi ni bagi rating tinggi bila sebenarnya tak patut, semua orang jadi mangsa.
  6. Backup Plan: Kena ada plan B kalau bank ada masalah. Jangan tunggu sampai teruk sangat.
  7. Sharing is Caring: Kalau bank-bank ni boleh share info, mungkin boleh elak masalah besar.
  8. Jangan Biar Semua Nak Pinjam: Kena ada batasan. Tak boleh semua orang nak pinjam je. Kerja bartender boleh beli 4 biji rumah 1 kondo terus. Memang overleverage sangat masa tu.
  9. Paham Risiko: Kena faham risiko yang ada, tak boleh main redah je. Jangan buat benda tanpa pikir.
  10. Tabung Untuk Hari Hujan: Ada duit simpanan sikit untuk masalah besar.

Belajarlah daripada Dr. Michael Burry

Dr. Michael Burry, yang diperkenalkan kepada publik melalui buku dan filem “The Big Short,” adalah salah satu individu pertama yang mengesan dan memanfaatkan potensi krisis kewangan 2008. Inilah cara dia buat:

  1. Analisis Mendalam: Michael Burry mempunyai kebiasaan membaca dan menganalisis kontrak pinjaman individu dalam bungkusan pinjaman yang dikenali sebagai mortgage-backed securities (MBS). Sementara ramai pelabur hanya memandang ringkasan atau rating yang diberikan oleh agensi penilaian, Burry memilih untuk melihat ke dalam butiran kontrak-kontrak tersebut.
  2. Peningkatan Pinjaman Subprime: Dalam analisisnya, Burry menyedari bahawa semakin banyak pinjaman subprime (pinjaman berisiko tinggi) sedang dimasukkan ke dalam MBS. Ini bermakna kualiti pinjaman dalam produk-produk tersebut semakin menurun.
  3. Struktur Tempoh Pinjaman: Burry perasan bahawa banyak daripada pinjaman subprime ini memiliki “teaser rates” – kadar faedah yang rendah untuk tahun-tahun pertama, yang akan meningkat dengan KETARA selepas tempoh tertentu. Ini bermakna apabila kadar faedah menyesuaikan, ramai pemilik rumah mungkin tidak mampu membayar ansuran bulanan mereka, membawa kepada kegagalan bayaran yang meluas.
  4. Ketidaktelusan Produk Kewangan: Burry sedar bahawa produk kewangan seperti MBS dan CDO adalah sangat kompleks dan tidak transparent, membuatkan ramai pelabur dan pengurus dana tidak benar-benar memahami risiko yang terlibat.
  5. Membuat BIG BET Melawan Market Maker: Berdasarkan penemuannya, Burry memutuskan untuk “short” atau bertaruh melawan pasaran perumahan dengan membeli instrumen yang dikenali sebagai credit default swaps (CDS) pada MBS. Ini pada dasarnya adalah pertaruhan bahawa banyak pinjaman dalam MBS akan gagal, dan dia akan mendapat ganjaran jika itu berlaku.

Berapa Keuntungan Dr. Michael Burry?

Burry buat big bet sampai para pelabur bawah Scion Capital yang diuruskannya kata Dr Burry ni dah gila! Yelah, portfolio Scion Capital menunjukkan kerugian kerana pasaran belum lagi membalikkan arah ikut prediksi Burry.

Ramai lah investor dia menyatakan rasa bengang dan tidak setuju dengan keputusannya untuk bertaruh melawan pasaran hartanah melalui pembelian “credit default swaps”. Banyak dari emel dia dapat mengungkapkan rasa tidak setuju, kemarahan, dan kerisauan atas pendekatan Burry yang dianggap bertentangan dengan kecenderungan pasaran pada masa itu.

Namun, apabila krisis kewangan benar-benar meletus pada tahun 2008 dan banyak pinjaman bermasalah mula gagal, pertaruhan Burry melalui “credit default swaps” mula memberikan pulangan yang luar biasa.

Menurut laporan dan estimasi, Scion Capital memperoleh keuntungan sekitar 489% antara akhir 2007 dan awal 2009. Dalam konteks duit, ini bermakna Burry memperoleh lebih dari $700 juta untuk dirinya sendiri dan lebih $100 juta untuk pelanggan-pelanggannya.

Kemampuannya untuk melihat apa yang kebanyakan orang lain tidak nampak, bersama dengan keberanian untuk bertindak berdasarkan analisisnya, membolehkannya mendapat keuntungan besar ketika krisis kewangan 2008 melanda.

Kesimpulan

Bubble ni bukan main-main. Berjuta orang homeless. Sebahagiannya ada yang bunuh diri. Sebab tak boleh bayar, bandar-bandar jadi kosong kota mati. Elok dapat duduk dalam rumah yang baik, kemudian duduk bawah jambatan.

Semua ni berpunca dari ‘bubble’ yang pecah, yang pada mulanya nampak macam peluang emas untuk untung besar. Realitinya, bila bubble pecah, bukan sahaja hartanah atau saham yang jatuh, tapi juga harapan dan MASA DEPAN ORANG RAMAI.

Mula-mula best sebab untung, tapi bila pecah, semua rugi.

Nak tau lebih tentang keserakahan dan ketamakan bank boleh hancurkan banyak benda? Tengok la filem The Big Short. Banyak ilmu dalam tu.

Jika bermanfaat, silakan share post ini dengan kawan-kawan dan memberi feedback di kotak ruangan. Boleh jugak berkenalan. Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
error: Content is protected !!
Scroll to Top