
“Friday Rules” ini adalah istilah yang digunapakai dalam pasaran saham sebagai salah satu strategi yang agak mampan yang boleh dilakukan pada setiap hari Hari Jumaat. Let me explain.
Jadi, bila kita cakap pasal Friday Rules, maksudnya kita bincang pasal beberapa nasihat atau tips apa yang orang biasa buat bila nak trade pada hari Jumaat. For me, saya suka follow resepi yang mudah, dan berjaya dan cuba elak reinvent wheels.
Prinsip asas Friday Rules (FR)
- Buy Low, Sell High: Cuba beli saham bila harga dia rendah, pastu jual bila harga naik.
- Avoid Risky Moves: Hari Jumaat ni kadang-kadang volatiliti tinggi, so elok elakkan trade yang terlalu berisiko.
- Do Your Homework: Sebelum masuk trading pada hari Jumaat, pastikan kita dah kaji dengan teliti pasaran dan saham yang kita minat.
Petua nak bagi FR ini menjadi.
Ada sebahagian traders selesa ambil Breakout 52 Weeks High sebab ini ada momentum yang kuat dengan kebarangkalian sehingga 75% positif pecah base dengan volume yang mencanak tinggi.
Jika syarikat itu berjaya menujah ketinggian tertinggi pada hari Jumaat, maka dari sudut mingguan, carta tersebut akan mengeluarkan candle marubozu, candle yang cukup power untuk menujah ketinggian baru.
Jika ini berlaku, boleh fokus beli pada Hari Jumaat.
Bila nak jual bossku?
Jika saham dibuka lebih tinggi pada Isnin, set minda anda supaya akan menjual saham tersebut pada hari Selasa.
Ada di antara traders yang meng-integratekan method ini sebagai BTST iatu Buy Today Sell Tomorrow seperti Beli Jumaat, Jual Hari Isnin atau Selasa atau lebih awal atau nak biarkan sahaja jika upside berpotensi ada.
Sekarang, di antara kita sudah tiada rahsia. Hehehe.
Penutup.
Friday Rule ini sangat bagus kerana kurangnya permainan emosi dan risiko yang agak rendah dan sangat objektif. Justeru penglibatan unsur emosi boleh dikurangkan dengan hanya mengikuti peraturan-peraturan di atas. Tetap perlu berhati-hati dan ingatkan diri sendiri untuk tak terlalu terbawa suasana bila nak trade pada hari Jumaat.
Selamat maju jaya, semua.