
Untuk mencapai sasaran penuh tabung KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) sebanyak maksimum RM100,000 setiap tahun, anda boleh mengikuti beberapa langkah strategik.
Dengan mengandaikan dividen tahunan KWSP Simpanan sekitar hampir 5%, berikut ada 8 cara untuk mencapai matlamat simpanan anda:
a. Tetapkan Sasaran Bulanan
Pertama, tentukan jumlah yang perlu anda simpan setiap bulan untuk mencapai sasaran RM100,000.
Untuk mencapai ini, ada perlu menyimpan RM100,000 / 12 bulan = RM 8333.33 setiap bulan. Katakan boleh!
b. Pendapatan Tambahan
Pertimbangkan untuk mencari sumber pendapatan tambahan. Ini boleh termasuk kerja sambilan, menjual barang yang tidak digunakan, atau menjalankan perniagaan kecil.
Sekarang ini, kat TikTok pun boleh jana RM 20k jadi endutainer.
Dengan kadar dividen 5%, simpanan anda akan bertambah setiap tahun. Gunakan kalkulator simpanan bunga berkompaun untuk mengira pertumbuhan simpanan anda dengan dividen.
Bila kita buat kira-kira dividen, secara tidak langsung, akan membuatkan kita bertambah bersemangat untuk terus kuat bekerja demi masa depan yang cemerlang.
c. Perbaiki Bajet, Pengeluaran dan Pengurusan Kewangan
Kaji semula bajet bulanan anda dan cari cara untuk mengurangkan perbelanjaan.
Anda boleh memotong perbelanjaan yang tidak perlu. Sambil-sambil tu, jumpa cara untuk mengurangkan bil utiliti (bukan curi elektrik ya), dan juga membeli-belah dengan berhemah.
Contohnya, membuat perbandingan harga di kedai-kedai supermarket dan mengumpul kupon/voucher diskaun.
Anda juga perlu kurangkan kehendak untuk berhutang, terutamanya hutang dengan faedah tinggi. Hal ini supaya anda akan berasa lebih tenang, bebas dan seronok sebab ada lebih banyak wang untuk simpanan.
Jika ada lebih, pertimbangkan meningkatkan caruman secara sukarela ke akaun KWSP. Ini akan membantu anda mencapai sasaran dengan lebih cepat.
d. Pelaburan Bijak
Melabur sebahagian daripada simpanan anda boleh membantu mempercepat pencapaian sasaran anda. Ini termasuk pelaburan dalam saham, atau instrumen kewangan lain.
Kalau belum ada akaun CDS, segeralah bukak sekarang!
Namun, ingatlah risiko yang terlibat dan lakukan penyelidikan atau dapatkan nasihat daripada pakar kewangan sebelum melabur.
Jangan mudah percaya dengan skim-skim pelaburan di luar sana. Kaji latar belakang penganjur di luar Bursa Malaysia. Mungkin anda boleh ‘interview’ sikit para pelanggan mereka.
Anda boleh tanya:
- Apa objektif mereka? Shortest, short, medium, long, positional terms?
- Bagaimana dengan performance mereka under skim ini?
- Bila mereka join?
- Berapa banyak yang dilaburkan?
- Apa strategi penganjur ke atas mereka?
- Ada jaminan untung ke? Kalau tinggi dan tetap, itu tak boleh dalam Islam. Kebanyakkan begini, akhirnya akan tersontot jugak.
- Bagaimana penganjur mengurus kerugian mereka bila dah start ‘rugi’?
Yelah bila kita dah bersara nanti, duit mungkin banyak. Banyak sangat. Kita pun tak tahu nak buat apa konon-konon. Last-last, nampak iklan scam. Labur X, dapat rm XXXX% dengan jaminan palsu. Pihak yang pemalas, suka menipu orang ni nak tikam kiri dan kanan.
Maksud saya, kita kena berhati-hati sentiasa. Kalau tak tahu nak buat apa, lantiklah financial advisor yang sah dan bersijil untuk membantu anda untuk mencapai impian anda di masa terkemudian nanti. Lantik orang cerdik pandai fikirkan solusi untuk you.
Lagipun, bila dah tua-tua nanti, kita mungkin diserang penyakit-penyakit seperti nyanyuk Alzheimer, Dementia. They are very cruel diseases. Tak nak diambil kesempatan, perlu ada pengurusan awal yang bijaksana. Mungkin anda boleh buat Yayasan ke untuk anak-cucu. Yes, Yayasan Zulkarnain sebagai sebuah legasi hebat. Keturunan yang masuk universiti hebat2 dibiayai sepenuhnya oleh The Zulkarnain Fund (TZF). Besar pahala arwah. Mengapa tidak?
Nah, saya dah bantu ini. Elak kena scam taw!
e. Total Review Secara Berkala; Savings and Kerja-Kerja.
Semak dan nilai prestasi simpanan anda secara berkala.
Tak lupa juga review kerja-kerja tip top anda sebelum ini dan jumpa bos mintak naik gaji atau naikkan pelan servis anda.
Pada timing yang betul. (Kalau kerja asyik mengular, jangan haraplah.)
Jika anda mendapat kenaikan gaji atau menemui cara baru untuk menjimatkan wang, anda sudah boleh menaikkan jumlah simpanan bulanan.
f. Elakkan Pengeluaran Awal
Elakkan daripada membuat pengeluaran awal daripada akaun KWSP anda, kecuali dalam keadaan yang benar-benar perlu.
Kalau boleh, masa retire, minima ada RM3 juta menjelang dah capai usia emas.
Kita tak nak kerja lagi dah waktu dah tua. Kita nak istirehat, menjaga cucu-cicit dan beribadah. Betul tak? Insyallah.
g. Komitmen dan Disiplin
Paling penting, komitmen dan disiplin dalam menyimpan adalah kunci untuk mencapai sasaran anda.
Anda boleh pertimbangkan untuk menetapkan arahan tetap (standing order) untuk memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun KWSP anda setiap bulan. Ini membantu dalam memastikan anda konsisten dan berdisiplin dengan simpanan anda.
Ingatlah, disiplin itu tangga kejayaan. Tiada kejayaan tanpa disiplin.
Perancangan kewangan yang cekap dan disiplin dalam pengurusan kewangan adalah kunci untuk mencapai matlamat simpanan anda. Jika perlu, dapatkan nasihat daripada pakar kewangan untuk bantuan lebih lanjut.
Nota Penting!
Oh ya, jangan lupa tukarkan KWSP kepada Simpanan Syariah bagi orang Muslim dan bayarkan lebihan tahun2 lepas ke pusat Baitulmal. Untuk lebih kepastian, boleh tanya pihak KWSP melalui emel mereka. Sangat responsif. Semoga pendapatan kita mendapat daripada keberkatanNya.