Senarai Kripto Halal Saya

Hari ini kita kenali kripto-kripto yang saya dah semak status halal dengan IFG dan berada dalam senarai fokus saya. Kita nak tahu apa penyelesaian yang dibawakan oleh kripto-kripto ini dalam sistem kewangan sekarang dan apa cabaran yang dihadapi per kripto.

Aku cuba explain semua ni simple-simple, supaya korang semua boleh catch up cepat, takde la ketinggalan bas. Siap ada watak lagi supaya korang mudah faham dan ingat. Jom kita mulakan!

Mungkin ada tambahan in future. Tapi kita start dengan senarai yang ni dulu.

Bitcoin (BTC)

Watak: Tok Dalang dalam game kripto.

Kita start dengan Bitcoin lah kan, yang semua orang kenal sebagai tok dalang dalam dunia matawang digital ni. Bitcoin macam duit digital. Ia dicipta untuk orang boleh hantar duit direct antara satu sama lain tanpa mesti lalu bank.

Masalahnya, bila ramai orang guna, sistem dia jadi lambat dan mahal.  Bitcoin ni dicipta oleh seseorang atau kumpulan yang guna nama Satoshi Nakamoto, dan idea asal dia adalah untuk cipta satu sistem kewangan yang tak perlukan bank atau pemerintah untuk jalan.

Cabarannya? Skalabiliti dan kelajuan transaksi yang masih rendah.

Penyelesaian yang dibawa? Komuniti sedang cuba selesaikan cabaran ini dengan macam-macam cara, tapi satu yang popular ialah Lightning Network, yang buatkan transaksi laju macam kilat. Laju? Tak sangat. Canggih? Ada yang lebih. Tapi dia tetap jadi benchmark dalam pasaran kripto.

Cardano (ADA)

Watak: Pelajar A+ yang suka buat kerja rumah dengan teliti.

Cardano ini pula dia lebih kepada academic approach. Dibangunkan oleh Charles Hoskinson, yang salah seorang founder Ethereum. Cardano guna proof-of-stake yang jimat tenaga dan ada smart contract macam Ethereum.

Cabaran dia adalah adopsi dan pengesahan konsep yang masih baru. Cardano bergerak slow and steady, nak pastikan semua kena betul dari segi saintifik dan peer-reviewed research.

Cardanno pakai teknologi yang jimat elektrik dan ada smart contract, yang boleh buat aplikasi automatik atas blockchain. Ia pakai Pure Proof of Stake (PPoS), janji nak settle masalah skalabiliti, keamanan, dan desentralisasi sekali gus.

Siap ada pelan panjang untuk masa depan. Mesti dia nak bagus dari hari ke hari.

Algorand (ALGO)

Watak: Anak yang genius dalam rumah sorang dia.

Algorand dibina untuk atasi masalah skalabiliti dan keselamatan dalam blockchain. Dia punya founder, Silvio Micali, dia ni big name dalam cryptografi. Silvio ini orang yang hebat dalam math dan dia nak buat transaksi cepat dan selamat.

Algorand pakai teknologi baru dalam consensus algorithm yang dipanggil Pure Proof of Stake (PPoS) yang janji skalabiliti tanpa korban keselamatan. Matlamat dia ni nak cuba kasi semua orang boleh buat transaksi tanpa risau pasal keselamatan atau tunggu lama.

Kenapa Algorand Ni Special?

  1. Transaksi Pecut: Algorand buat transaksi laju macam Ferrari. Kalau blockchain lain tu macam kereta kebal, kuat tapi slow, Algorand ni dapat settle beribu-ribu transaksi dalam satu saat.
  2. Caj Rendah: Bayar fee dalam Algorand murah je, tak perlu nak pusing banyak kali.
  3. Tak Perlu Banyak Energi: Banyak blockchain guna sistem yang memerlukan komputer kuat dan banyak elektrik. Algorand dia guna Proof-of-Stake (PoS), yang mana lebih jimat dan eco-friendly.
  4. Mudah Scale: Algorand dibina supaya senang nak tambah apa saja aplikasi, dari finance sampai game, tanpa perlu risau pasal kesesakan jalan (network congestion).

Apa Cabaran Algorand?

  1. Pesaing Ketat: Algorand ni bukan sorang-sorang. Dia ada saingan lain macam Ethereum, Cardano, dan banyak lagi yang semua nak jadi juara dApps.
  2. Penerimaan: Nak orang ramai guna Algorand tak semudah ABC. Perlu ada lebih banyak projek menarik dan orang perlu yakin dia stabil dan selamat.
  3. Awareness: Orang kena tahu pasal Algorand. Kalau awareness rendah, tak kira la platform tu bagus macam mana pun, orang takkan guna.

Apa Penyelesaian Algorand bagi Sistem Kewangan Sekarang?

Dia bagi satu pilihan baru yang pantas, murah, dan mesra alam untuk buat macam-macam dengan blockchain. Macam nak transfer duit lintas negara dalam beberapa saat, atau nak buat kontrak pintar yang bijak dan automatik, semua boleh jalan smooth atas Algorand.

Dengan ciri-ciri mantap ni, Algorand cuba transform dunia kewangan supaya lebih efisien, cekap, dan terbuka untuk semua orang.

Avalanche (AVAX)

Watak: Sistem kereta api yang ada pelbagai landasan.

Avax ni juga tentang kelajuan dan skalabiliti, tapi dia lebih unik sikit sebab dia guna multiple blockchains. Cabarannya adalah nak make sure semua blockchain dalam sistem dia boleh berkomunikasi dengan lancar.

Avalanche tu guna beberapa ‘rantai’ blockchain sekaligus untuk buat kerja lebih cepat. Bayangkan macam banyak jalan, so tak sesak. Cabaran dia adalah untuk pastikan semua jalan ni boleh ‘bercakap’ dengan betul tanpa sesat jalan.

Kalau kita tengok keretapi ada pelbagai landasan ni, kita boleh kata laju dan boleh scale, cuma kena pastikan semuanya berjalan lancar tanpa ada yang tersangkut atau tersadai atau berlanggar.

Doge (DOGE)

Watak: Meme natang anjing yang useless tapi useful kat mata Elon Musk dan pengikutnya. I am not joking. Meh, daku terangkan.

Doge tu pendek untuk Dogecoin, dan ia bermula sebagai jenaka. Ia dicipta pada tahun 2013, dan logo Dogecoin ni ada gambar anjing Shiba Inu dari meme internet yang terkenal, “Doge.” Mula-mula, ramai orang tak ambil serius Dogecoin. Tapi sebab komuniti dia sangat supportive dan friendly, ia jadi popular.

Nak faham Dogecoin, kena faham beberapa perkara ni:

  1. Meme Culture: Dogecoin ni memang unik sebab ia berkembang atas budaya meme. Orang suka sebab ia lucu, santai, dan ada anjing comel kat logo.
  2. Tip dan Derma: Sebab sifatnya yang fun, Dogecoin jadi alat yang popular untuk tip online atau derma untuk projek-projek atau acara amal.
  3. Transaksi Pantas dan Murah: Walaupun ia bermula sebagai gurauan, Dogecoin punya teknologi yang boleh buat transaksi dengan pantas dan caj yang rendah.
  4. Pembuatan Tanpa Had: Berbeza dengan Bitcoin yang ada had pengeluaran, Dogecoin ni boleh dibuat tanpa had. Maknanya, ia boleh ditambang terus-terusan, dan ini boleh menyebabkan inflasi harga jangka panjang.

Cabaran Dogecoin:

  1. Volatility: Sebab Dogecoin ni popular dalam kalangan spekulator, harga dia boleh naik turun dengan gila-gilaan.
  2. Kurang Serious: Walaupun ia makin diterima, masih ada yang tak ambil Dogecoin serius sebab asal usulnya sebagai meme.
  3. Kurang Use Case: Dogecoin belum banyak fungsi praktikal macam mata wang digital lain yang dirancang untuk kontrak pintar atau aplikasi terdesentralisasi.

Jadi, Dogecoin ni macam koin sampingan yang orang guna untuk bersuka-ria atau sebab ikut-ikut trend, tapi jangan salah sangka, ia masih boleh jadi pelaburan yang serius bagi sesetengah orang, terutamanya bila orang terkenal macam Elon Musk tweet pasal dia.

Ethereum (ETH)

Watak: Kilang pelbagai barang. Atau komputer besar semua orang boleh guna.

Ethereum ini bapa kepada smart contracts, dicipta oleh Vitalik Buterin dan geng. Ethereum revolutionize cara kita guna blockchain, tapi ia hadapi masalah skalabiliti dan yuran gas yang tinggi. Apa itu gas dalam kripto? Ni macam gas masak ke camne?

Gas dalam kripto.

Gas kripto bukan macam gas yang kita guna untuk masak atau gas burner tu. Gas dalam konteks blockchain, terutama yang ada kaitan dengan Ethereum, adalah yuran yang pengguna perlu bayar untuk melakukan transaksi atau execute kontrak pintar dalam network Ethereum.

“Gas” dalam kripto tu yuran yang kita kena bayar bila buat transaksi atau guna aplikasi dalam blockchain macam Ethereum. Bayar lebih gas, transaksi kau lebih cepat disiapkan. Macam beli tiket laju lane untuk laluan data kau. Harga gas ni boleh naik turun, bergantung pada berapa ramai orang yang nak buat transaksi pada masa yang sama. Bila buat transaksi, korang akan set ‘gas limit’, maksudnya maksimum gas yang korang sanggup bayar. Dan gas diukur dalam ‘gwei’, satu unit yang lebih kecil dari ETH (1 ETH = 1,000,000,000 gwei).

Jadi, tak ada kena mengena dengan pembakaran fizikal, tapi lebih kepada ekonomi dan sumber daya komputer dalam network blockchain. Korang kena bijak atur penggunaan gas ni untuk elak bayar lebih dari yang perlu, sebab kadang-kadang yuran gas boleh jadi mahal gilerss..

Ethereum 2.0 dengan proof-of-stake yang diharapkan akan kurangkan yuran dan tingkatkan transactions per second (TPS). Bayangkan Ethereum ni macam komputer besar, semua orang boleh buat aplikasi yang berjalan sendiri, dipanggil smart contracts. Tapi sebab ramai orang guna, ia jadi macam LRT sesak waktu puncak. Ethereum 2.0 cuba nak buat ia jadi macam kereta api laju, kurang sesak dan mahal. Macam kilang yang boleh hasilkan pelbagai barang. Skalabiliti dia ada issue sikit, tapi tengah usaha upgrade dengan Ethereum 2.0.

Filecoin (FIL)

Watak: Airbnb untuk Data

Filecoin ni tentang storage, bayangkan Google Drive tapi decentralized, tak dikawal oleh satu syarikat sahaja. Ia guna blockchain untuk insentifkan pengguna simpan data orang lain. Orang boleh simpan data dalam sistem dia dan dapat bayaran.

Cabaran?

Nak pastikan orang percaya untuk simpan data penting dengan cara ini dan kedua, mereka perlu bersaing dengan penyedia storan yang established dan nak ensure privacy dan keselamatan data.

Macam hard disk gergasi yang banyak ruang kosong tak pakai. Pastu, ada orang lain, katakanlah dia seorang pelajar universiti, dia perlu tempat simpan data projek besar dia sebab laptop dia dah penuh. Filecoin ni macam medium yang bantu ko “sewa” ruang kosong ko tu kepada pelajar tu.

So, Filecoin ni dia buat dua kerja besar:

  1. Menjadi Airbnb untuk Data: Ko jadi host, yang menyediakan ruang simpanan. Orang yang perlukan ruang, diorang jadi tetamu dan ‘sewa’ ruang dari ko. Deal ni semua direkod dalam blockchain Filecoin, yang mana dia transparent dan secure.
  2. Menggunakan Konsep Bukti: Filecoin ada sistem bukti khusus yang namanya Proof of Replication (PoRep) dan Proof of Spacetime (PoSt). Ko sebagai host kena tunjuk bukti dua benda: yang ko betul-betul ada salin (replicate) data pelanggan tu, dan ko simpan data tu untuk masa yang disepakati. Ini macam kontrak kerja, pastikan ko jujur dan tak main-main.

Nak jadi host, ko kena ada komputer yang cukup power dan sambungan internet yang stable. Pelanggan yang nak simpan data diorang akan bayar menggunakan FIL, yang ialah duit digital atau ‘token’ Filecoin. Ko simpan data orang, ko dapat FIL, ko happy, pelanggan pun happy.

Tapi, cabarannya, ko kena compete dengan host lain yang juga nak tawarkan ruang simpanan, dan kau kena pastikan sistem ko selamat dari serangan cyber atau masalah teknikal. Harga FIL boleh berubah-ubah dalam market, yang mungkin akan affect berapa banyak ko boleh buat duit sebagai hos.

Chainlink (LINK)

Watak: Light tower.

Hari ini memang exercise membuat pembayangan lah otak kau. Hahaha.

Okay yang Chainlink ini, cuba bayangkan dunia kripto ni macam satu pulau terpencil yang hebat dengan teknologi sendiri, tapi dia terputus dari dunia luar. Pulau tu perlu maklumat dari dunia luar untuk buat keputusan penting, contohnya harga barang, berita cuaca, atau keputusan sukan. Tapi masalahnya, pulau tu tak boleh sembarang terima info sebab takut ada yang cuba hantar info palsu untuk keuntungan sendiri.

Chainlink ni macam jambatan yang sambung pulau kripto tu dengan dunia luar. Dia bukan jambatan biasa, tapi jambatan dengan sekuriti tinggi yang pastikan semua maklumat yang masuk dan keluar tu sah dan boleh dipercayai. Dalam teknologi blockchain, jambatan macam ni dipanggil ‘oracle’.

So, Chainlink ni kerjanya ialah:

  1. Mengumpul Data: Chainlink kumpul data dari sumber luar yang boleh dipercayai.
  2. Mengesahkan Data: Sebelum hantar data masuk ke dalam blockchain, Chainlink akan pastikan ia betul dan takda yang cuba main tipu.
  3. Menyampaikan Data: Lepas tu, Chainlink hantar data yang dah disahkan ke dalam smart contracts dalam blockchain. Contoh, smart contract yang perlu tahu harga semasa emas atau USD boleh guna Chainlink untuk dapat info tu.

Kenapa Chainlink penting?

Sebab tanpa data luar yang boleh dipercayai, smart contracts tak boleh jalankan tugas dia dengan betul. Kalau data salah, semua benda yang smart contract tu kawal boleh jadi huru-hara. Bayangkan kalau smart contract yang kontrol duit ko diberitahu harga emas yang salah, ko boleh rugi besar!

Cabaran untuk Chainlink adalah memastikan dia sentiasa reliable dan tak mudah diganggu oleh hackers. Kalau sumber data yang Chainlink guna itu sendiri tak boleh dipercayai, atau ada orang yang cuba manipulasi data yang masuk ke Chainlink, ini boleh jadi masalah besar.

Jadi, Chainlink ni penting sebab dia jaga kesahihan data yang smart contracts guna, dan ini membantu dalam menjaga kepercayaan dalam ekosistem kripto.

Chainlink nak jadi middleman yang dipercayai dalam dunia, yang tak percaya middleman. Chainlink bantu smart contracts ‘bertanya’ maklumat dari dunia sebenar. Macam kalau kontrak nak tahu harga emas, Chainlink yang akan bagitahu. Tapi cabarannya adalah untuk buat ini dengan cara yang orang boleh percaya. Jambatan antara data dunia nyata dengan dunia blockchain. Penting gila, sebab tanpa data yang betul, kontrak pintar tak boleh function dengan elok.

Litecoin (LTC)

Watak: Adik yang otai.

Litecoin ni macam adik kepada Bitcoin. Kalau Bitcoin tu macam gold, Litecoin ni ibarat silver.

Orang yang cipta Litecoin, Charlie Lee, dia ambil Bitcoin dan tweak sikit supaya jadi lebih ringan dan laju. Jadi, kalau Bitcoin tu lebih kepada simpanan nilai yang stabil (macam emas yang kita simpan dalam peti besi), Litecoin dibuat untuk jadi lebih sesuai untuk belanja harian (macam duit syiling silver yang kita guna beli kopi).

Ciri-ciri utama Litecoin:

  1. Lebih Pantas: Transaksi dengan Litecoin ni jauh lebih laju dari Bitcoin. Kalau Bitcoin ambil masa lebih kurang 10 minit untuk satu blok, Litecoin cuma ambil masa kira-kira 2.5 minit. Ini bermakna ko boleh hantar dan terima Litecoin lebih cepat.
  2. Kos Transaksi Rendah: Sebab Litecoin lebih ringan, kos untuk hantar Litecoin tu pun rendah berbanding Bitcoin. Ini menjadikan dia pilihan yang bagus untuk transaksi-transaksi kecil.
  3. Kuantiti Lebih Banyak: Litecoin punya supply maksimum 84 juta coins, yang empat kali lebih banyak dari jumlah maksimum Bitcoin. Ini maksudnya, teori dia, Litecoin lebih banyak untuk diedarkan.

Tapi, Litecoin ni pun ada cabarannya. Walaupun dia laju dan ringan, Litecoin masih kena berjuang untuk dapatkan tempat dalam hati orang ramai. Sebab Bitcoin dah jadi sangat dominan dan ada banyak lagi cryptocurrencies lain yang ada ciri-ciri unik mereka sendiri, Litecoin kena kerja keras untuk buktikan dia bukan hanya ‘adik’ Bitcoin, tapi ada nilai tersendiri.

Litecoin cuba menyelesaikan masalah kecepatan dan kos transaksi dengan menjadikan dirinya lebih sesuai untuk pembayaran seharian, tapi dia masih kena lawan dengan pesaing-pesaing lain yang juga nak selesaikan masalah yang sama dalam industri kripto yang sentiasa berkembang dan bersaing.

Solana (SOL)

Watak: Satu jalan raya super lebar dan super lancar kat Malaysia.

Kereta boleh laju pi mai pi mai tanpa henti, takde tol, takde jam. Itulah macam Solana dalam dunia kripto.

Kenapa Solana Menarik?

  1. Laju Gila: Solana ni memang kenal dengan kelajuannya. Transaksi boleh jadi secepat kilat, kira macam dapat balik kampung dari KL ke Penang dalam beberapa saat je.
  2. Skalabiliti: Skalabiliti ni maksudnya dia boleh handle banyak transaksi pada satu masa tanpa lembap atau crash. Bayangkan jalan raya tadi, walaupun ada beribu kereta, masih lancar je.
  3. Kos Murah: Nak buat transaksi dalam Solana, fee dia murah, jadi tak payah risau nak kena caj mahal.

Solana Sebagai Penyelesaian

Dalam dunia kewangan sekarang, kita ada masalah dengan sistem yang lambat dan mahal. Kalau kita guna bank ke, kad kredit ke, mesti ada fee dan masa tunggu. Solana masuk dengan janji nak buat segala transaksi jadi cepat dan murah, jadi dia cuba solve masalah lambat dan mahal tu.

Tapi, dengan semua yang hebat, Solana punya cabaran juga:

  1. Kestabilan: Solana ni laju sangat dalam buat transaksi, tapi ada masalah gangguan teknikal dengan sistem dia dah beberapa kali. Macam kereta laju tapi kadang-kadang rosak, jadi orang risau sikit. Kilat laju transaksinya, tapi kadang-kadang sistem dia boleh jadi overload. Kena pastikan kestabilan tu mantap.
  2. Reliabiliti: Solana claim dia salah satu yang paling cepat dengan Proof of History (PoH) dan dia dapat handle banyak TPS. Masalah dia adalah beberapa kali network dia down, so reliability jadi isu.
  3. Pesaing: Ada banyak lagi blockchain lain yang cuba buat yang sama – laju dan murah. So, Solana kena buktikan dia bukan saja laju, tapi juga boleh dipercayai dan guna untuk jangka panjang.

Jadi, itulah serba sikit pasal Solana. Kalau kita nak pindah ke arah sistem kewangan yang lebih digital dan efisien, Solana ni salah satu dari teknologi yang tawarkan solusi, tapi mereka kena pastikan platform mereka stabil dan selamat untuk guna dalam jangka masa panjang.

Uniswap (UNI)

Watak: Center tukar duit tapi tak ada orang.

Isu dia adalah slippage dan likuiditi tapi inovasi dia dalam Automated Market Maker (AMM) dah banyak bantu. Uniswap tu tempat orang tukar-tukar token tanpa perlu melalui bank atau syarikat. Ia guna sistem automatik untuk tentukan harga. Tapi kadang-kadang harga boleh melompat, jadi kena hati-hati. Pasaraya untuk tukar token tanpa perlu kaunter cashier.

Biasanya kalau kau nak tukar wang, misalnya dari Ringgit ke Dolar, kau perlu pergi ke money changer atau bank, kan? Dalam dunia crypto, tempat tukar-tukar ni dipanggil ‘exchange’. Uniswap tu satu bentuk exchange yang dipanggil ‘decentralized exchange’, atau DEX yang guna smart contracts untuk buat swap token tanpa perlu ada third party.

Macam pasar malam digital untuk tukar-tukar cryptocurrency. Kau tak perlu ada kedai atau kaunter cashier, semua urusan jual beli boleh jadi secara online dan automatik. Gunakan AMM atau Automated Market Maker, orang boleh swap token dengan lancar.

Apa yang best tentang Uniswap?

  1. Decentralized: Takde satu pihak atau syarikat yang mengawal semua urusan. Ini maksudnya, takde ‘middleman’ atau orang tengah. Ko deal direct, peer-to-peer, orang ke orang.
  2. Automasi: Uniswap guna sesuatu yang dipanggil ‘smart contracts’ untuk automatik jalan sendiri tanpa perlu orang tengah. Bayangkan macam vending machine, kau masuk duit, pilih apa yang kau nak, dan dia keluarkan barang. Uniswap pun camtu, kau pilih apa yang kau nak tukar, dia automatik buat semua kerja tukar-menukar ni.
  3. Likuiditi: Untuk pastikan ada cukup ‘barang’ untuk ditukar (dalam hal ni, cryptocurrencies), Uniswap guna sistem yang dipanggil ‘liquidity pools’. Bayangkan macam kalau pasar malam, ada banyak meja yang orang boleh letak barang untuk jual. Dalam Uniswap, sesiapa boleh ‘letak’ crypto di dalam pool ni, dan bila orang lain nak tukar, mereka ‘ambil’ dari pool tersebut. Orang yang ‘letak’ crypto dalam pool ni dapat ganjaran dalam bentuk fees dari transaksi yang berlaku.

Tapi, ada juga cabarannya:

  1. Slippage: Dalam pasaran yang cepat berubah, harga boleh berubah dalam masa yang singkat. Ini boleh buat ko bayar lebih dari yang ko jangka sebab harga berubah dari masa ko start transaksi sampai ia selesai.
  2. Risiko Kehilangan: Kalau ada yang tak jujur dan cuba exploit system, atau ada bug dalam smart contract, ko boleh risiko kehilangan crypto ko.

Jadi, Uniswap ni cuba buat proses tukar-menukar crypto jadi lebih mudah, cepat, dan dengan kos yang rendah tanpa perlu melalui pihak ketiga seperti bank atau exchange tradisional. Ko bebas nak trade bila-bila masa, tapi kena sentiasa berhati-hati dengan risiko yang ada.

XRP (XRP)

Watak: Western Union versi kripto. Mesra-bank.

XRP ni nak simplify transfer wang lintas sempadan dengan cepat dan murah. Biasanya transaksi antara dua negara ini dilakukan melalui sistem yang dipanggil SWIFT. Sistem SWIFT tu dah lama dan selalunya lambat sebab melibatkan banyak proses dan pihak, serta mungkin mengambil masa beberapa hari dan ada caj yang tinggi.

XRP dirancang untuk jadi mesra bank. Ripple, syarikat di belakang XRP, dari awal lagi dah jelas nak menarik bank dan institusi kewangan untuk gunakan teknologi mereka. XRP ni ditujukan untuk jadi jambatan yang menghubungkan pelbagai mata wang dengan cepat dan efisien.

Apa yang XRP cuba selesaikan:

  1. Kelajuan Transaksi: Bank tradisional ambil masa berhari-hari untuk hantar duit antarabangsa, tapi dengan teknologi blockchain Ripple dan penggunaan XRP, transaksi boleh selesai dalam beberapa saat.
  2. Kos Transaksi: Bila bank hantar duit lintas negara, banyak fee tersembunyi akan dikenakan, dari caj pertukaran mata wang hingga kepada caj pemindahan. XRP nak kurangkan semua tu sampai ke yang paling minimum.
  3. Kesinambungan Transaksi: Dalam sistem perbankan tradisional, kalau ada satu link dalam rantaian transaksi yang bermasalah, seluruh proses boleh terhenti. Ripple menawarkan penyelesaian di mana transaksi adalah lebih transparent dan dapat dijejak dari hujung ke hujung tanpa perlu risau akan ada jem.

Bagaimana XRP Meningkatkan Kecekapan Bank:

  1. Interledger Protocol (ILP): Ripple mencipta ILP, yang macam ‘Google Translate’ untuk wang, membolehkan pelbagai jaringan kewangan bercakap dan bertransaksi dengan lancar antara satu sama lain tanpa kira mata wang apa yang digunakan.
  2. Liquidity On-Demand (ODL): Dengan menggunakan XRP, bank tak perlu simpan pelbagai mata wang di berbagai akaun di seluruh dunia (yang dikenali sebagai ‘nostro’ dan ‘vostro’ accounts), sebab XRP boleh dijadikan ‘jambatan’ antara dua mata wang dengan segera.

Cabaran untuk XRP:

  1. Isu Perundangan: Ripple, syarikat di belakang XRP, ada masalah dengan SEC (Securities and Exchange Commission) di Amerika. SEC tuduh Ripple jual XRP sebagai sekuriti (macam saham) tanpa pendaftaran yang betul.
  2. Persaingan: Banyak lagi mata wang digital lain yang juga nak solve masalah transfer duit antarabangsa, jadi XRP kena berusaha keras untuk menonjol.
  3. Penerimaan: Walaupun ada kelebihan, masih ada bank dan institusi kewangan yang ragu-ragu nak guna XRP sebab pelbagai faktor termasuk risiko undang-undang dan kestabilan harga.

Jadi, itu la serba sedikit tentang XRP. Dia macam wira tak dikenali yang nak bantu transaksi duit jadi lebih pantas dan murah, tapi masih banyak halangan yang perlu dihadapi.

Flare Networks (FLR)

FLR ni lagi satu yang baru, dia nak bawak smart contract ke blockchain lain yang tak ada asalnya, macam XRP. Macam XRP, dia laju dan cun untuk transfer duit lintas negara tapi dia tak boleh buat smart contracts, yang mana boleh automatik jalankan perjanjian bila syarat tertentu dah tercapai. Cuba bayangkan kau ada kawan yang boleh bagi superpower pada kawan-kawan lain yang kurang upaya. Flare ni macam tu, dia nak bagi superpower yang namanya ‘smart contracts’ kepada kripto-kripto yang asalnya takde kebolehan tu.

Dengan adanya Flare Networks, XRP boleh pinjam superpower ni dan tiba-tiba dia boleh buat banyak trick baru.

Cabaran untuk Flare ni adalah dia kena buktikan yang dia boleh jadi stabil dan secure, sebab kau taknak lah tiba-tiba superpower tu hilang atau kena hack tengah jalan. Plus, dia juga kena tunjuk yang ada orang nak pakai superpower yang dia bagi tu, supaya tak jadi macam hadiah yang kau dapat masa birthday tapi tak pernah buka dari kotak.

Kesimpulan

Kesimpulannya, semua matawang digital ni cuba buat sistem kewangan lebih cepat, murah, dan mudah untuk semua orang. Setiap satu ada kelebihan dan cabaran tersendiri. Tapi masih banyak kerja kena buat, dari teknologi sampai undang-undang. Ingat, kripto ni macam rollercoaster, ada turun naik dia, jadi kena research dan faham risiko sebelum labur.

Amacam? Okay tak list kripto halal aku? Boleh komen sikit apa korang dapat belajar dari artikel ini? Share lah jugak korang fokus kripto apa? Cerita lah sikit apa pembaharuan yang ia sedang bawa. Sharing is caring… 🙂

Jika bermanfaat, silakan share post ini dengan kawan-kawan dan memberi feedback di kotak ruangan. Boleh jugak berkenalan. Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
error: Content is protected !!
Scroll to Top